Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Sunday, November 28, 2010

lama dengan baru.

I love

Just nak cerita barang kesayangan b4ns ni. b4ns start mengenal barang ni semasa sekolah rendah darjah 3, tu pun kenal barang ni melalui kawan b4ns. Di rumah kawan b4ns time tu ada barang ni. just dirumah dia saje. sebab dia orang berada laa sikit. Selepas lama menumpang barang kawan b4ns, b4ns menjadi semakin minat dengan barang tersebut. Barang yang b4ns maksudkan ialah PC,LAPTOP @ COMPUTER. hehe. time tu b4ns tau maen game je kat rumah member. Kalau boleh tiap2 hari nak pegi lepak main di rumah kawan b4ns tu. lama kemudian b4ns pun masuk sekolah menengah dan duduk di hostel. so tak dapat laa b4ns nak menumpang.

Selepas habis belajar di sekolah menengah keluarga b4ns pun apply untuk b4ns masuk Ke Multimedia University (MMU) ayer keroh melaka. Pada masa dan waktu inilah b4ns dihadiahkan sebiji laptop ACer Travelmate oleh ayah kesayangan b4ns :). Harga laptop pada time tu (2004) ialah RM 4900.00 . Cukup mahal untuk sebiji laptop time tu. So start dari situ laa b4ns cuba memahami Laptop kesayangan b4ns. tetapi malang bagi b4ns kerana hanya memahaminya dengan kegunaan untuk membuat Assingment iaitu guna Microsoft OFfice ,bermain game ,menonton movie dan mendengar lagu.
Game DOTA

Selepas setahun, sejarah baru pun bermula bagi pengguna baru macam b4ns. Laptop b4ns dimasuki virus dan perlu diformat. tetapi b4ns tidak tau macam mana nak format. sehinggalah seorang kawan b4ns yang memang da pandai format memformat pc dan laptop ni mengajar b4ns. dari situlah sejarah pertama b4ns mendalami sejenis barang yang penting di dunia pada masa sekarang ni. Setelah pandai format laptop sendiri b4ns pun jadi addicted.. kena je virus skit terus format.. ada je error skit kat laptop b4ns. b4ns akan format laptop b4ns. sehingga pada satu bulan tu b4ns format laptop b4ns sebanyak 12 kali.. b4ns pulak tak tau yang format ni akan buat Hard Disk (HDD) jadi senget.. Sedang asyik dok maen game, tetiba Blue screen keluar kat screen laptop b4ns. mulalah jadi confuse. try tutup then bukak balik tapi still blue screen yang kuar.. Apabila di tanya pada kawan b4ns. rupanya HDD tu dah crash dan tak boleh nak guna da.  Apalagi hantar laa laptop b4ns balik kelantan. ayah b4ns pun belilah HDD baru. hohoho.. lepastu b4ns da serik dan mmg tak format da laptop tu. install antivirus dan segala security..tu cerita sekitar tahun 2004 - 2007. Kalau korang tau game DOTA. b4ns start maen game dota pada tahun 2004. 1st time tengok game tu, b4ns kutuk member b4ns, ko maen game bodoh ape laa tuh.. lepastu dia suruh try maen. bila da try terus addicted sampai skang. dulu start maen lawan dengan LI je *LI -Hero yang dikawal Computer. dah pandai semua Start lawan member guna LAN dan selepas itu melarat pulak dengan berlawan dengan budak-budak kat CC, memang diorang pro. maen je kalah.. salah satu player yang b4ns pernah lawan ialah Apple Rosak. Dia pernah maen untuk WCG (world Cyber game). wakil malaysia tak silap b4ns.. memang dia ni pro. Lepas tu b4ns start maen dota Online.. 1st server yang b4ns maen ialah Blueserver. lepas blueserver ditutup b4ns pon maen game ni Online kat Garena.
PC lama b4ns.

Ni nak cerita sekitar tahun 2007 - 2010 iaitu sekarang. Lepas lama mengguna Laptop. b4ns pun tukar selera. laptop b4ns hantar kat rumah. b4ns pun beli PC. 1st PC b4ns tu guna AMD athlon X2. harga pada tahun 2007 untuk spec ni sekitar RM2400 dan ke atas. masa ni harga PC da murah sikit.. b4ns beli yang custom made punya. sebab member b4ns pandai pasang. SO b4ns ambik kesempatan laa belajar pasang PC. dengan sendirinya b4ns dah pandai pasang PC sendiri sekarang. So b4ns pakai PC ni selama 2 tahun. Lepas tu b4ns dah stop study kat MMU b4ns pun menetap kat shah alam. Lepas tu b4ns dipanggil balik oleh family b4ns untuk balik study di negeri kelahiran. time tu ex b4ns nak beli PC b4ns tu. b4ns pon hantar laa balik PC ke shah alam bagi kat EX b4ns. last2 kami break dan dia tidak kotakan janji untuk membayar PC b4ns tu. hehe. apa lagi, panas jugak laa b4ns dibuat olehnya. tapi nak buat macam mane takde rezeki.. jumpa orang macam tu. maybe dia berdendam dengan b4ns kot. Disebabkan PC tu b4ns nak jual. b4ns beli laa laptop baru.. Acer Aspire. dengan harapan dapat duit jual PC tu leh guna untuk cover balik laptop tu tapi, harapan hanya jadi harapan. oleh kerana seorang perempuan yang hanya pandai bermain kata-kata,. Family b4ns pun cakap sesuatu kat b4ns (tapi tu rahsia.) memang kami bergaduh besar, sampai family masuk campur. tapi gaduh ni bukan disebabkan oleh PC tu je. itu hanya sambilan.
PC yang b4ns pkai sekarang.

takpelah , dah nasib badan. nasib baik dah ada cover. lepas dua tahun guna laptop tu. b4ns pon beralih kepada PC plak.. spec pc ni lagi ok laa dari dulu.. pkai AMD Phenom X6.. b4ns memang setia dengan AMD ni. Sebab b4ns klau guna Intel. macam tak berpuas hati je.. Sesetengah orang sahaja yang tau kehebatan AMD ni.. Klau orang yang baru-baru nak bergiat dengan PC ni memang diorang akan cakap Intel laa yang terbaik. Ini kerana Intel adalah Company yang famous ..Bagi b4ns AMD jugalah yang terbaik. cuma diorang adalah company yang low profile.


Intel VS AMD
faq tentang AMD: Processor AMD terkenal dengan Overheat (Panas melampau iaitu pada zaman datuk nenek b4ns) tetapi zaman sekarang.Processor AMD tidak lagi panas. tetapi sudah melangkaui zaman. iaitu mempunyai 6 core. High Graphic game sekarang hanya Guna 4 Core dari Processor.

Kelakar: Pengguna Intel pada Zaman ini iaitu tahun 2010 masih di zaman dahulu, dimana still di kepala mereka Processor AMD panas. Zaman dah berubah, sila celik mata luas2.

Sekarang kalau ada pape error atau masalah dengan PC atau laptop semua itu senang da.. kerana banyak rujukan dalam internet. Just bukak Google search sahaja. Nak kata b4ns ni pandai dalam bak2 PC dan laptop ni xdelah. sebab banyak ilmu yang b4ns ada adalah hasil dari search kat Google. so senang laa sekarang. Sekian untuk penulisan harini. penat da nak tulis panjang2.. nati korang pun berbelit lidah nak baca artikel ni.. terima kasih kerana membaca..

Google Search.





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.