Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Showing posts with label Info Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Info Khidmat Masyarakat. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Hidup seharian seorang Designer.

View Comments
pada petang ahad , masa hujan ni, xde keje. tgh2 tgk kat google. b4ns jumpa gambar berinformasi.. gambar berinformasi ni adalah kenyataan sebenar seorang Designer.

P.s: kredit kepada tuan punya gambar ni.




video bila berhadapan dengan pelanggan dan bos. 

 

:) selamat berkerja... :)





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, April 1, 2012

Ada Penyelewangan Dalam FAM ???

View Comments




Dipetik dari : Malaysia Football Forum
Penyelewengan Pertama:
Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

Penyelewengan Kedua:
Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar Rm25,000 sahaja.

Penyelewengan Ketiga:
Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?
Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?

Penyelewengan Keempat:
Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan presiden dalam kongres akan datang?

TS Annuar merupakan pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu, jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?

Penyelewengan Kelima:
Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?

Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?

Penyelewengan Keenam:
TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?

Dan Penyelewengan TERBESAR.
Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!



dipetik dari : Malaysia Football Forum
-b4ns * kalau semua ni betul memang patut semua yang ada dalam FAM digulingkan...


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, June 5, 2010

Do'a For palestine

View Comments


Maksudnya:
“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada
mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

*Qunut Nazilah: do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu.

credit-theamh.com iumelaka.com


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, April 3, 2010

Anak itu anugerah allah. "Kami Prihatin Utusan Malaysia"

View Comments
 KAMI PRIHATIN UTUSAN MALAYSIA

Assalamualaikum. b4ns bukan nak buat cerita agama. tapi nak share2 ngan semua. ada lagi satu pertubuhan yang sanggup menerima baby comel yang malang itu. Dengan meningkatkannya perbuatan yang tidak bertanggungjawab ni, semakin ramai yang datang memberi bantuan kepada Baby comel yang malang.

Utusan Malaysia telah menubuhkan Pasukan Kami prihatin Utusan Malaysia untuk menolong baby yang comel. ulangan. baby yang comel.Gadis yang terlanjur boleh menghubungi  Talian Nur  di 15999 . Anda tidak perlu takut kerana Maklumat anda dirahsiakan. . Bertaubatlah sebelum terlambat. Allah akan ampunkan dosa orang yang betul2 bertaubat.

B4ns rasa sudah tiba masanya syarat2 pernikahan dilonggarkan sedikit bagi mengelakkan perkara2 ini semakin menjadi-jadi. Perkara ini juga tidak boleh disalahkan 100% kepada gadis malang tersebut. ini kerana mungkin mereka tertipu dengan janji manis kekasih mereka.

b4ns pun tak tau nak cakap ape pasal ni. letih da dengar pasal benda ni. :D.  tolong sebar sebarkan ok? Sama-sama laa kita mengingati sesama  kita. mencegah lebih baik dari mengubati. kalau x faham kenapa cegah lebih baik dari mengubati. tanya laaa kat ruangan komen b4ns. 

Assalamualaikum.

picture credit to: RBF


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, April 2, 2010

Bagi Kepada Yayasan pembangunan Nur Hikmah Jangan Buang!

View Comments
Sanggupkah anda melihat baby yang comel dan tak berdosa ini dibuang begitu saje? melainkan anda seekor binatang. tau membuat anak tapi tak tau nak jaga anak. ibu anjing pun pandai jaga anak dia sehingga anak dia boleh berdikari.

Jika anda tidak mau menjaga baby tersebut. Berilah baby tersebut kepada


 Mereka sedia menerima insan yang comel ni. :) 

Anda juga boleh memberikan sumbangan kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah Melalui. 

 Sumbangan melalui Maybank2U
Berikut adalah langkah demi langkah untuk membuat sumbangan melalui Maybank2U Online Banking 
1. Jika anda masih belum mempunyai akaun Maybank2u, sila lakukan di mana-mana mesin ATM Maybank yang berhampiran
2. Jika anda telah mempunyai akaun Maybank2u, klik laman 'maybank2u' yang terdapat di laman kami atau ke www.maybank2u.com
3. Klik 'fund transfer' dan kemudian klik 'Open 3rd Party Accounts' untuk melakukan transaksi seterusnya. Masukkan sumbangan kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030
4. Letakkan alamat email : presiden@nurhikmah.org.my

Sumbangan melalui CIMB Click
Berikut adalah langkah demi langkah untuk membuat sumbangan melalui CIMB Click
1. Login ke CIMBClicks
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit



Sumbangan melalui Bank Islam Online
Langkah membuat sumbangan melalui Bank Islam Online
1. Sila pindahkan kedalam akaun MayBank KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030
2. Payable To or Beneficiary Name: KHIDMAT NURHIKMAH Company Registration No. or Beneficiary ID: 646393-A .
3. Letakkan alamat email : presiden@nurhikmah.org.my

Berbagai cara untuk anda menyumbang
1. Jika anda ingin menyumbangkan peralatan atau bahan makanan sila hubungi kami ditalian 03-8733 2411 atau email kepada presiden@nurhikmah.org.my
2. Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk cek atau money order sila letakkan atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH dan masukkan kedalam akaun MAYBANK 564306010610

Sekian Assalamualaikum.

 

 

terbaca pasal ni di  : MineMixs. Sebar-sebarkan untuk kebaikan kita bersama.




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, January 16, 2010

BAHAYA BERCAKAP(KOMEN) DI FACEBOOK..

View Comments
PETALING JAYA 15 Jan. – Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah.
Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, merupakan individu pertama didakwa di mahkamah setelah tercetusnya bantahan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Gereja Katolik.
Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.
Dia didakwa secara sedar menggunakan aplikasi dalam Internet bagi memulakan penghantaran komen yang bersifat mengancam dengan niat untuk mengganggu orang lain di laman Facebook milik individu bernama Shahrul Maizam.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di B-10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, di sini pada pukul 10 pagi, 10 Januari lalu.
Ketua Putera MIC Selangor, T. Dhinesh merupakan pengadu dalam kes ini.
Mohamad Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta tersebut.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Mohamad Tasyrif mengangguk tanda memahami pertuduhan tersebut tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.






JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wednesday, December 16, 2009

SUSU SEGAR DIBUANG BEGITU SAJA? 75000liter?

View Comments
AKu terkejut dengan tindakan bodoh diorang tu. membuang susu sebanyak 75,000 liter??? Mereka mmg tidak bersyukur dgn rezeki yang tuhan bagi. daripada mereka membuang susu tersebut. ada baiknya mereka menderma susu tersebut kepada rumah2 kebajikan, anak yatim dan orang2 yang memerlukan bantuan. nak kata bijak nampak sangat diorang ni bodoh. otak lembu kot. bila kata bodoh. kata kita jahat plak. Nak protes pun bertempat laa beb. jangan sampai membazir begitu je. BODOH BODOH BODOH!! RAMAI LAGI ORANG SUSAH KAT MALAYSIA NI. APE SALAHNYA DIAGIHKAN SUSU TU KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG SUSAH. dari buang dan membazir. ZAAZZZ!! tarik je suma rezeki dia.


SYED Muhd. Alwi Abdullah (kiri) bersama pekerja ladang terpaksa membuang 16,500 liter susu lembu segar ke dalam parit kerana pengilang enggan menerima susu tersebut di ladang Fidaf, Muadzam Shah, Pahang, semalam.
SYED Muhd. Alwi Abdullah (kiri)<--- bodoh ke dia ni?
ROMPIN 15 Dis. - Sebuah syarikat pengeluar susu lembu tempatan terbesar di Semenanjung menanggung kerugian apabila terpaksa membuang sebanyak 75,000 liter susu segar berikutan keengganan pengilang menerima produknya sejak hampir dua bulan lalu.
Dalam kes terbaru hari ini, syarikat terbabit, First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) membuang sebanyak 16,500 liter susu segar ke dalam parit di ladang ternakannya di Bandar Muadzam Shah dekat sini.
Berikutan keengganan pengilang menerima susu segar keluaran tempatan itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung kerugian hampir RM200,000 sejak pertengahan bulan lalu.
Pengarah Urusan Fidaf, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah mendakwa, keengganan pengilang menerima susu segar keluaran tempatan kerana harganya dikatakan lebih mahal berbanding susu segar import dari Australia dan New Zealand pada masa ini.
''Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana ia boleh menjejaskan industri pengeluaran susu segar tempatan apabila pengilang lebih berminat untuk membeli susu segar import yang lebih murah.
''Dengan teknologi pengeluaran susu yang kita miliki, kita tidak mampu menawarkan harga yang lebih rendah daripada RM2.50 seliter berbanding susu segar import," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas membuang sebanyak 16,500 liter susu segar di sebatang parit di ladangnya di Muadzam Shah hari ini.
Fidaf yang diwujudkan di bawah Ministry Of Agriculture Incorporated (MOA Inc.) pada tahun lalu, dibangunkan di kawasan seluas 920 hektar dan kini mempunyai 1,600 ekor lembu susu.
Fidaf kini mengeluarkan kira-kira 6,000 liter susu segar sehari kepada tiga pengilang terkemuka di negara ini.
Syed Muhd. Alwi menegaskan, bagi menangani masalah kesukaran susu tempatan memasuki pasaran, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu campur tangan dengan mengkaji semula permit import (AP) yang dikeluarkan kepada pengilang.
Menerusi kajian semula itu, katanya, kerajaan perlu menilai semula kuota pengimportan susu segar import berdasarkan kadar tertentu supaya produk tempatan dapat terus bersaing di pasaran.
''Saya sedang menyiapkan surat berhubung kajian terhadap permit import untuk diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat ini," katanya.




dipetik dari utusan malaysia

by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, November 14, 2009

SPRM perlu Siasat Harga Kerusi Stadium Bukit Jalil

View Comments
harga kerusi ni rm500? kepala otak ko!

menteri belia dan sukan elit-elit




dipetik dari ruang bicara faisal:

Terkejut beruk saya bila membaca berita di Utusan Malaysia hari ini. Menteri Belia dan Sukan-Sukan Elit ,Shabery Chik memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa harga kerusi tempat duduk penonton di Stadium Bukit Jalil RM 500.00 sebiji (rujuk di sini)

Gila,tak masuk akal langsung. Kerusi plastik yang hanya boleh dilipat berharga sedemikian. Duduk tengok bola pun punggung naik kematu,RM 500.00 apa kejadahnya ?

Oleh yang demikian kita berharap agar Ketua Audit Negara dan SPRM dapat melakukan siasatan dengan segera terhadap harga kerusi berkenaan.

Jika siasatan mereka mendapati harga sebenar tidak sampai RM 500.00 maka Dewan Rakyat harus mengambil tindakan terhadap Menteri berkenaan kerana menipu di dalam Dewan Rakyat.

Saya pun sebenarnya dah lama dengan meluat dengan Menteri ini. Meluat bukan kerana apa ,kerana sudah lapan bulan menjawat jawatan berkenaan ,saya tidak nampak lagi usaha beliau untuk menolong belia-belia dan membantu menaikan sukan tempatan. Yang saya nampak beliau sering memberi tumpuan kepada sukan-sukan elit , sukan antarabangsa dan menukar nama gelanggang sukan kepada nama bintang sukan.

Saya amat-amat berharap Menteri sukan-sukan elit ini digugurkan dalam rombakan kabinet yang akan diadakan nanti. Hantar saja dia pulang ke Kemamang biar dia main sukang dam. Dia kena belajar-belajar main sukan tradisional kembali.

Nantikan posting saya seterusnya tentang Menteri sukan-sukan elit ini. Kenapa beliau perlu digugurkan dari kabinet. Dalam masa yang sama sesiapa yang ada info tentang Menteri ini sila hantar kepada saya.


kredit to ruang bicara faisal


by:



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Thursday, November 12, 2009

Rukun Negara

View Comments

1.Kepercayaan Kepada Tuhan

2.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

3.Keluhuran Perlembagaan

4.Kedaulatan Undang-undang

5.Kesopanan Dan kesusilaan.



mari kita hayati.


by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, October 17, 2009

Langkawi

View Comments

Tak perlu jambatan hubungi Langkawi

17/10/2009 7:01pm

LANGKAWI 17 Okt. — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu membina jambatan untuk menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar kerana ia akan menyebabkan kesesakan kenderaan di pulau itu.
Katanya, jika terlalu banyak kenderaan masuk ke Langkawi akan menimbul kesesakan lalu lintas dan menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
"Tak perlu ada jambatan ke Langkawi kerana ia akan menyebabkan kesesakan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang menggesa agar kerajaan membina jambatan antara Pulau Langkawi dengan tanah besar melalui Kuala Perlis sebagai satu kemudahan untuk penduduk di pulau itu berulang alik ke tanah besar.
Nawawi berkata pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.
Dr Mahathir berkata Langkawi akan membangun pesat sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik kerana beberapa buah kampung seperti Kampung Perancis, Itali dan British telah diwujudkan.

*aku rasa kalau cam susah sgt nak nek feri tu. ape kata bina sistem keretapi bawah tanah kaaa.. leh transit dalam langkawi trus. jimat kos. cadangan je ni..






by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Monday, August 17, 2009

qazaf & Jabatan Agama Islam Di Malaysia

View Comments
ATentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.

Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.



dipetik dari e-mail yg diterima oleh RBF

komen b4ns mengenai Jabatan Agama Islam:

Jabatan agama Islam sekarang tidak adil dan kolot!! tidak mengunakan teknologi yang ada sebaik mungkin. kalau nak saving baik xyah tubuh Jabatan Agama Islam. Ketua Jabatan Agama bawak kereta mewah2 je saya nampak!! Tapi mcm miskin. Stakat korang tubuh Jabatan Agama islam untuk kumpul duit dari denda yang korang dapat, baik xyah. lagi berdosa diri korang. Bukan untuk mencegah dan mendidik generasi islam sekarang, lagi menambah beban ada laaa.
Kakitangan yang menangkap tertuduh plak, kutuk orang yang ditangkap tu. bukan nak bagi keinsafan atau ilmu2 agama. tahukah kamu mengapa ramai orang islam mau keluar dari agama islam? Ini kerana cara korang bukan ke arah mendidik, tapi lebih kepada menyusahkan lagi mereka,mengutuk mereka,mencaci dan sebagainye yang telah membuat mereka berfikir mcm ni ke agama islam!! kutuk sana, kutuk sini... Untung laa orang kaya dapat membayar denda walaupun tidak insaf lepas kena tangkap. bagaimana pula dengan orang yang insaf tetapi tidak mempunyai wang ringgit, datang dari orang yang susah. Denda yang diterima lagi menyusahkan hidup mereka, dan angap islam ni lagi menyusahkan mereka. Ape salahkan korang tukar daripada denda kepada kelas mengikuti ajaran islam dan memberi mereka pengetahuan tentang islam. tidakkah anda sedar dgn cara denda yang tinggi akan memberi lagi masalah kepada mereka, seperti meminjam dari ah-long, mencuri untuk mencari wang denda. ini lebih merosakkan umat islam kita sendiri. saya syorkan denda ditukar kepada kelas agama, dimana ia lebih mendidik umat islam kita menjadi insan yang sempurna. dan kepada yang mampu nikahkan aje mereka, untuk mengelak mereka melakukan perkara haram ini. Kelas agama selama seminggu atau dua minggu lagi berkesan daripada denda yang korang kenakan.. *kalau korang xmo tukar, maybe korang nak makan duit tu kot.. denda yang korang terima bukan sikit.. rm 3000.00 satu kepala.. Kalau korang x mampu untuk anjurkan. charge pada tertuduh rm 100 untuk membayar yuran kelas agama tersebut.. rm100 xpun paling byk rm 200 untuk korang guna duit tu membiayai kelas agama tersebut.. stakat itu saje komen saya. kalau ada salah silap cuba betulkan balik. sile komen pendapat anda disini.. saya bukan orang alim atau ulamak, atau orang besar2 untuk mengesyorkan cara ini di peringkat negeri atau negara. Kalau boleh dibawa elok gak untuk kebaikan umat islam kita.







by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, July 10, 2009

malaysia kini

View Comments
selepas solat jumaat, biasanye aku tido. tapi arini x mengantuk plak.. terasa nak minum air coke ler. lama x minum. asyik merempak kat umah. minum air milo beng, teh beng, teh o beng, nescafe beng, sirap beng, skang nak minum coca-cola beng lak!! :)

beng = ais ( kelantanese --> malay standard )

tapi coca cola zionist punya. tapi bergantung pada niat masing2. kot!!
malaysia pun penuh ngan barangan diorang. produk malaysia plak low quality. susah nak cari yg high quality. umm terpaksa! kalau difikir. korang xleh pkai handphone. NOKIA, MOTOROLA, SONY semua zionist gak.. cane tu? ramai lerrr umat malaysia yang sokong zionist erkk? so aku rasa, bergantung pada niat masing2...




by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Monday, July 6, 2009

Pemain Bolasepak Beragama Islam

View Comments
tanpa aku ketahui mereka ini beragama islam. mungkin kerana pihak2 laen cuba merahsiakan kejayaan orang islam di dunia. bintang2 ternama bolasepak yang amat digeruni !! aku kata mcm tu sebab selama aku tgk bola live, x nampak lagi pemain berdoa. tu je le! diorang x tunjuk kot!




semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat. amin!!



by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, May 9, 2009

Masalah Celcom Broadband

View Comments

Celcom Broadband 3G / HSDPA
Gua adalah pengguna ini Celcom Broadband. Gua subscribe RM98 sebulan dengan kontrak 12 bulan.
Untuk menggunakan Celcom Broadband ini, anda perlu membeli sebiji USB 3G Modem contohnya model Vodafone 7.2mbps atau pakej Celcom Broadband Huawei Modem HSDPA 7.2Mbps gak. Harganya adalah dari Rm400-Rm499. Modem Vodafone member gua jual RM400. Huawei pula RM499. Kalau nak yang 2nd hand pun ada sekitar RM200. Boleh try cari kat mudah.com.my atau lelong.com.my.
Bagi mereka yg memula nak pakai Celcom Broadband, jangan biarkan diri anda dikuasai EXCITED yang amat sebelum subscribe benda alah ni. Jika anda kaki download atau bukan kaki download, ANDA PERLU BACA FAIR POLICY Celcom Broadband, setiap bulan limited bandwith hanya 5GIG!!! Namun jika anda kaki chat atau pembaca blog, news and such..benda ni tak menyusahkan anda sangat. Tapi kalau anda kaki youtube, sorry… 5G polisi ini akan membuatkan anda memaki hamun Celcom dan negaranya. Dalam 2 minggu atau tidak sampai 2 minggu, bandwith anda akan kehausan. Dengan kata lain, RM98 atau RM68 anda akan burn dalam 2 minggu sahaja dengan limitasi tersebut.
Apa yang berlaku selepas anda sudah mencapai limitasi tersebut? Speed akan menjadi perlahan lebih perlahan dari Dial-Up sehingga gambar lgsg tidak dapat loading atau boleh kata serendah 10-30kb/s sahaja. LAGIIII YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA GIGIT JARI SENDIRI adalah setiap kilobytes yang kita pakai selepas limitasi akan dicaj! Jika anda pakai berterusan sehingga akhir bulan, dalam RM20 la anda akan dicaj. Dalam bil, dia akan tulis YOUR ACCOUNT OVERDUE. Jadi kalo anda sepatutnya hanya bayar RM68, tambah lagi RM20..dah RM88..kalao RM98, jadi RM100+!!!
Cilake ke tak Celcom?
Menyembunyikan POLISI dan meletakkan title BROADBAND UNLIMITED dalam promosi untuk melariskan produk. Menipu ke takkkkkkkkkkkk????Menipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

aku pun terkejut bila tau benda ni. siap tambah lagi. sape2 yg kaya tu. silakan buat iklan tentang penipuan Celcom broadband ni. boikot celcom broadband yg penipu. makin byk company yg menipu pelanggan skang ni. Celcom bawah yahudi ke? xde nilai2 islam dalam berniaga pun.kalau ada sila laa ubah.




by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, May 1, 2009

Kelantan Celcom Broadband

View Comments

Celcom advertising their new coverage for 3G in Kelantan.- Picture taken at Kubang Kerian
Great news for all Kelantan citizen, Celcom Broadband now expanding their coverage into this “Negeri Cik Siti Wan Kembang”. Fixed line problems and no Streamyx connection are now turned into a part of history for them. They can now surf the internet without hassle.







by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.