Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Monday, August 17, 2009

qazaf & Jabatan Agama Islam Di Malaysia

ATentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.

Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.



dipetik dari e-mail yg diterima oleh RBF

komen b4ns mengenai Jabatan Agama Islam:

Jabatan agama Islam sekarang tidak adil dan kolot!! tidak mengunakan teknologi yang ada sebaik mungkin. kalau nak saving baik xyah tubuh Jabatan Agama Islam. Ketua Jabatan Agama bawak kereta mewah2 je saya nampak!! Tapi mcm miskin. Stakat korang tubuh Jabatan Agama islam untuk kumpul duit dari denda yang korang dapat, baik xyah. lagi berdosa diri korang. Bukan untuk mencegah dan mendidik generasi islam sekarang, lagi menambah beban ada laaa.
Kakitangan yang menangkap tertuduh plak, kutuk orang yang ditangkap tu. bukan nak bagi keinsafan atau ilmu2 agama. tahukah kamu mengapa ramai orang islam mau keluar dari agama islam? Ini kerana cara korang bukan ke arah mendidik, tapi lebih kepada menyusahkan lagi mereka,mengutuk mereka,mencaci dan sebagainye yang telah membuat mereka berfikir mcm ni ke agama islam!! kutuk sana, kutuk sini... Untung laa orang kaya dapat membayar denda walaupun tidak insaf lepas kena tangkap. bagaimana pula dengan orang yang insaf tetapi tidak mempunyai wang ringgit, datang dari orang yang susah. Denda yang diterima lagi menyusahkan hidup mereka, dan angap islam ni lagi menyusahkan mereka. Ape salahkan korang tukar daripada denda kepada kelas mengikuti ajaran islam dan memberi mereka pengetahuan tentang islam. tidakkah anda sedar dgn cara denda yang tinggi akan memberi lagi masalah kepada mereka, seperti meminjam dari ah-long, mencuri untuk mencari wang denda. ini lebih merosakkan umat islam kita sendiri. saya syorkan denda ditukar kepada kelas agama, dimana ia lebih mendidik umat islam kita menjadi insan yang sempurna. dan kepada yang mampu nikahkan aje mereka, untuk mengelak mereka melakukan perkara haram ini. Kelas agama selama seminggu atau dua minggu lagi berkesan daripada denda yang korang kenakan.. *kalau korang xmo tukar, maybe korang nak makan duit tu kot.. denda yang korang terima bukan sikit.. rm 3000.00 satu kepala.. Kalau korang x mampu untuk anjurkan. charge pada tertuduh rm 100 untuk membayar yuran kelas agama tersebut.. rm100 xpun paling byk rm 200 untuk korang guna duit tu membiayai kelas agama tersebut.. stakat itu saje komen saya. kalau ada salah silap cuba betulkan balik. sile komen pendapat anda disini.. saya bukan orang alim atau ulamak, atau orang besar2 untuk mengesyorkan cara ini di peringkat negeri atau negara. Kalau boleh dibawa elok gak untuk kebaikan umat islam kita.







by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.