Berdasarkan pengamatan aku terhadap politik negara kita ni, malaysia tercinta.. perbezaan kaum selalu menjadi isu, walhal umat yg beragama islam atau agama laen tidak mengira kaum di dunia ni. tapi kenapa kita mesti mengatakan bahawa kita berjuang untuk melayu, alangkah indahnye ayat itu jika ditukar, kita berjuang untuk umat islam, umat islam yg bukan melayu akan gembira mendengarnye dan tidak lagi tersentuh hati.. melayu juga ada yg murtad, melayu juga ada yg minum arak, melayu juga ada yg berzina, melayu juga ada percaya kepada agama lain. kenapa aku mengatakan sebegitu rupa? sebab aku tempuhi segala pengalaman yg korang mungkin tidak pernah lalui.aku pernah masuk pub atau kelab2 malam. Pemimpin PAS atau BN pernah try masuk ke dalam pub atau kelab malam? cuba anda masuk dan lihat sendiri berapa ramai anak melayu kita yang beragama islam minum arak yang dijual oleh agama laen. saya xkan sebut kaum, kerana dalam sesebuah kaum itu berbagai agama. kita merujuk pada agama adalah lebih sesuai. di mana kita tolak perkataan kaum ketepi, agama kita ketengahkan. aku juga adalah salah seorang melayu yang beragama islam yang tersasar jauh dari landasan islam yang sebenar. tetapi allah s.w.t lebih mengetahui ape yang dia rancang terhadap aku, dimana sekarang aku sudah pun kembali ke jalan allah. insyallah moga2 ia berkekalan hingga ke akhir hayat aku. BN pula mestilah mengambil peluang dari kuasa yang ada untuk membanteras kes penjualan arak di kelab2 malam terhadap umat islam, bkn kaum melayu, tapi umat islam.. isu pembangunan tidak akan berjaya jika anak2 kita menghadapi pelbagai masalah sosial..islam tidak mengharamkan pembangunan. tapi utamakan agama kita. kita ni umat akhir zaman laa beb!! cpat2 laaa ubah negara kita ni.satu lagi perbanyakan motivasi atau ceramah-ceramah agama daripada konsert live!!ceramah agama pula jangan libatkan isu politik langsung. jangan ada isu politik..aku jadi kurang minat bila ada isu politik dalam sesuatu ceramah!! itu yg buat aku rasa hilang semangat untuk dgr ceramah!! Bagi buat konsert dua kali setahun sudah laaa..remaja kita duk melompat-lompat mlm2 buta, sentuh sana sini, ummm abis konsert ,diorang pun buat ler konsert sendiri plak kan !!? lebih baik kalau diorang semangat untuk ke surau ke masjid ke melaung-laungkan kebesaran allah!! baik x kalau korang buat begitu? remaja mcm aku ni mudah terpengaruh.. ada sesetengah je yang tidak terpegaruh.
disini aku ingin perkatakan bahawa, sebelum kamu ingin menangkap orang yang berzina, sumbang mahram, khalwat ,rasuah, murtad ,judi, rempit, bohsia, bohjan.. lebih baik korang bendung atau tangkap dahulu sesiapa yang menjual arak kepada umat islam.. atau orang islam yang membeli arak.. Haramkan kelab2 malam atau pub kepada umat islam. bukan kaum melayu. harus diingatkan bukan kaum melayu ,cina, atau india. tapi umat yg beragama islam. kerana kaum melayu ,india, china ada yang beragama islam..Ini kerana arak dan kelab malam atau pub laaa penyebab utama berlakunya masalah social lain, mengikut pengalaman aku laaa.. hormatilah kaum lain yang beragama islam!!!!
Doakan kejayaan aku dan umat islam di dunia ini untuk menjauhi segala larangan allah s.w.t .
amin!!
by
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)