Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Wednesday, November 10, 2010

HAK pengguna untuk mendapat ganti rugi



DEFINISI

Hak mendapatkan ganti rugi pula melayakkan pengguna mendapat pampasan yang adil dan berpatutan berikutan barangan atau perkhidmatan yang dibeli didapati tidak seperti yang dijanjikan, cacat atau tidak berfungsi.

Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi. HAK MEDAPAT GANTIRUGI

Pernahkah tak kita berasa tertipu atau mendapat barangan yang tidak sepadan dengan harga yang dibayar? Jika ya, gunakan hak anda untuk mendapat ganti rugi. Iaitu hak mendapatkan penyelesaian tuntutan. Ia melibatkan hak untuk menerima pampasanan bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu.

Para pengguna tidak perlu berasa risau atau teragak-agak untuk bertindak apabila berasa barangan yang diperolehi tidak bermutu. Ini kerana terdapat banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak mendapatkan ganti rugi.
Antaranya ialah:


i. Akta jualan barangan 1977
ii. Akta Undang-undang Sivil
iii. Akta perihal dagangan, 1972
iv. Akta Perlindungan pengguna, 1999,Akta Kontrak 1950.

Bagaimanakah anda boleh ketengahkan tuntutan untuk mendapat gantirugi?

i. Tindakan diri sendiri.
ii. Aduan kepada pihak berkuasa

i. Tindakan diri sendiri:

Kempen Konsumer Kebangsaan: Perubahan Bermula Dengan Saya.
Sesuai dengan Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012.Eloklah jika ada sebarang ketidakpuasan tentang hak anda sebagai pengguna, mulakan dengan tindakan diri sendiri.

Contohnya anda boleh berhenti menggunakan barangan berkanaan yang tidak bermutu. Selain dari itu anda boleh mengemukan aduan segera kepada pekedai tempat anda membeli barangan. Anda juga boleh menghantar balik barangan yang dibeli. Bawa resit atau sebarang bukti pembelian untuk melancarkan proses tuntutan dengan segera. Anda juga perlu bertenang menghadapi masalah barangan yang dibeli tidak menepati piawaian pengguna secara rundingan dengan pihak pengurus atau pemilik kedai.

ii. Aduan kepada pihak berkuasa

Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa melalui secara bertulis atau melalui melalui telefon. Pastikan anda sertakan maklumat penting seperti tarikh kejadian, jenis barang, lokasi kedai, nombot resit dan sebagainya bagi memastikan aduan anda berkesan dan anda mendapat semula hak anda yang sewajarnya.



Anda boleh membuat aduan kepada persatuan-persatuan pengguna yang terdekat dengan anda atau mana-mana cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Anda juga boleh menggunakan alternative yang bebih serius melalui saluran Tribunal Tuntutan Pengguna, jika nilai tuntutan anda tidak melebihi RM25000.00.
Apa yang penting, kita sebagai pengguna mesti mempunyai kesedaran tentang hak-hak kita dan juga bertindak secara profesional agar semua pihak mendapat faedah secara relatifnya berkaitan isu kepenggunaan. Untuk itu, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan yang membolehkan pengguna yang mengalami kerugian membuat tuntutan ganti rugi. Penyelesaian akan cuba dilakukan dalam tempoh 60 hari dan had nilai yang boleh dirujuk ialah tidak melebihi RM25,000 manakala belanja perbicaraan dalam tribunal adalah percuma.

Setiap pengguna wajar merebut peluang menggunakan khidmat tribunal ini apabila dirundung masalah mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan sama ada daripada pihak swasta mahupun kerajaan.

so boleh ke b4ns menggunakan undang2 ini untuk mendapatkan perintah undang2 kepada seller di dalam lelong yang telah menghantar barang yang salah? 


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.