Sepertimana yang kita tahu semalam telah berlaku satu kejadian tragis di Tumpat Kelantan berpunca dari salah faham.
Pagi semalam anggota UPP telah mengejar sebuah kereta kancil yang dipercayai membawa beras seludup (beras siam).
Ketika
dalam episod kejar-mengejar itu tiba-tiba kereta kancil tersebut
berhenti dan anggota UPP bergegas turun menuju ke kenderaan yang dikejar
tersebut. Mereka terkejut apabila melihat lelaki yang memandu kenderaan
itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih. Lelaki itu
dikenali sebagai Sa'aid Bin Mat Hassan berusia 56 tahun.
Atas
rasa tanggungjawab walaupun orang itu sedang dikejar mereka anggota UPP
mengangkat dan membawanya ke Hospital Tumpat. Tiba di hospital anggota
UPP terbabit diminta menunggu di bahagian luar bilik rawatan.
Sementara menunggu, mereka mengambil keputusan untuk pergi bersarapan di sebuah kedai berhampiran hospital.
Ketika
mereka sedang bersarapan tiba-tiba datang dua tiga biji kenderaan yang
dinaiki oleh beberapa lelaki cuba menyerang anggota UPP tersebut dan
salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada mangsa.
Anak
saudara mangsa mendakwa anggota-anggota UPP tersebut memukul bapa
saudaranya sehingga meninggal dunia. Dalam keadaan kelam kabut itu tiga
anggota UPP berjaya meloloskan diri. Hanya seorang yang tidak berjaya
lari.
Yang seorang itu telah dikepung oleh kumpulan lelaki
berkenaan dan untuk menyelamatkan diri , dia terpaksa melepaskan
tembakan. Tembakan itu telah terkena anak saudara mangsa,Ahmad
Nizamuddin 19 tahun.
Lalu lelaki yang terkena tembakan itu
dikejarkan ke Hopital Tumpat yang berada berhampiran dengan tempat
kekecohan itu. Oleh kerana keadaannya kritikal maka dia telah
dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.
Itu yang sebenar-benarnya terjadi semalam.
Sekarang
ini khabar angin telah disebarkan di Kelantan kononnya anggota UPP
telah memukul lelaki yang memandu kereta kancil itu hingga mati dan
menembak anak saudara mangsa kerana dia adalah saksi yang melihat
kejadian itu.
Cerita itu telah dipusing. Ada pihak-pihak yang
cuba menangguk di air negeri Kelantan yang sememangnya keruh dan kuning
sejak berpuluh tahun lalu. Mereka cuba hendak pusing cerita sepertimana
mereka menuduh SPRM membunuh setiausaha politik haram, Teoh Beng Hock.
Yang sebenarnya...
Lelaki
yang dikejar oleh anggota UPP berkenaan meninggal dunia kerana serangan
jantung. Rekod penyakit jantungnya memang telah ada di hospital.
Bukan
sesuatu yang pelik dalam kedaaan terkejut kerana dikejar oleh anggota
UPP beliau boleh terkena serangan jantung kerana terkejut. Tambahan pula
usianya sudah 56 tahun.
Nak salahkan anggota UPP pun tak boleh,
mereka bukannya tahu arwah ada penyakit jantung. Lainlah kalau di
bahagian belakang kenderaannya tercatat
'pemandu berpenyakit jantung'.
Perkara
ini tidak akan timbul sekiranya arwah tidak cuba lari ketika dikejar
oleh UPP. Berhenti dengan cara elok dan selesaikan dengan cara elok.
Bagaimana UPP hendak pukul mangsa kalau mangsa berada dalam kenderaan ? Kalau nak pukul mestilah kena tarik keluar dan pukul.
Jika
benar seperti cerita yang disebarkan kononnya anak saudara mangsa yang
ditembak nampak bapa saudaranya kena pukul, kenapa dia tak serang
anggota UPP yang memukul pada waktu itu ?
Semua itu karut
semata-mata. Cerita asal telah ditokok tambah demi kepentingan politik
Pas. Mereka cuba nak jadikan sepertimana kes Teoh Beng Hock dan
Aminulrasyid.
Tindakan anggota UPP melepaskan tembakan untuk
mempertahankan diri sehingga terkena anak saudara mangsa bukannya satu
kesalahan. Memang mereka diberikan senjata untuk mempertahankan diri.
Kalau dia seorang diri telah dikepung dan dalam keadaan cemas begitu
tak logiklah dia nak buka silat pula sedangkan pistol ada. Apatah lagi
dia mempunyai kebenaran untuk menggunakan senjata api.
Lagi pun
tindakan anak saudara mangsa yang baru berusia 19 tahun cuba menyerang
seorang penjawat awam yang sedang dalam tugas adalah satu kesalahan.
Dalam kes ini cerita telah diputar belit, orang yang bersalah
digambarkan tidak bersalah dan orang yang menjalankan tugas digambarkan
sebagai penjahat.
Jangan bimbang dan jangan patah semangat wahai
anggota-anggota UPP, teruskan tugas anda sepertimana yang diamanahkan.
Ramai lagi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang anda.
Copy from :
RBF ONLINE
Source:
RBF ONLINE
JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)