Saya berharap semoga tidak ada rakan-rakan pembaca yang tersalah anggap kepada saya kerana saya kerap menulis tentang mangsa kebakaran seperti dalam gambar diatas.
Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mangsa dan tidak pernah mengenalinya. Saya hanya mengetahui nasibnya apabila membaca akhbar hari ini.
Perasaan simpati timbul dalam diri saya apabila melihat keadaannya, tambahan pula beliau seorang anak yatim piatu.
Lantas saya mengambil kesempatan ini untuk menolongnya melalui cara yang saya boleh tolong.
Petang tadi saya ke Hospital Klang bertemu dengan kakak mangsa bagi mendapatkan nombor akaun banknya bagi membolehkan para pembaca yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu.
Benar kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya betul-betul tak sampai hati melihat keadaan mangsa semasa melawatnya petang tadi. Dari rauk wajahnya boleh dilihat yang beliau berada dalam keadaan yang benar-benar sakit. Masyallah kawan-kawan sekalian, saya tak tahu nak tulis macam mana lagi nak gambarkan keadaan beliau.
Cuba anda semua bayangkan usianya baru 22 tahun, beliau telah menghadapi dugaan yang sebegitu dasyat. Beliau bukannya seorang remaja yang jenis mengarut, beliau seorang remaja yang baik.
Lihatlah masa kejadian menimpa beliau yang mana kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi ketika beliau sedang bekerja. Itu sudah cukup untuk menggambarkan peribadinya. Jam 9 pagi kebiasaannya bagi remaja-remaja yang mengarut masih lagi berlengkor di atas katil. Tetapi tidak bagi beliau kerana jam 9 pagi beliau telah bekerja bagi mencari rezeki sesen dua.
Oleh yang demikian sukalah saya ingin menyarankan agar rakan-rakan pembaca atau pemimpin-pemimpin yang berkemampuan, hulurlah sedikit sumbangan anda sekadar yang termampu kepada beliau.
Tak dapat Rm 100 bagi RM 50, tak dapat RM 50 bagi RM 20, tak dapat RM 20 bagi RM 10. Tak dapat juga nak bagi RM 10 bagi RM 5. Tak mampu juga nak bagi RM 5, tolonglah doakan agar beliau cepat sembuh dan panjang umur.
Kalau semua pakat-pakat tolong yang berat akan jadi ringan. Itulah adat kita hidup bermasyarakat. Hari ini hari orang, mungkin hari esok hari kita. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita pula. Allah maha kaya.
Apatah lagi orang yang kita tolong ini adalah anak yatim piatu. Besar ganjaran yang kita dapat kelak.
Saya tidak memaksa anda semua menderma untuknya. Semuanya terpulang kepada diri anda serta kemampuan anda. Saya hanya tukang sampai sahaja.
Kepada yang ingin menderma, di bawah ini adalah nombor akaun kakak mangsa.
NAMA : MARYUNI BINTI MISKON
BANK: CIMB
NO AKAUN : 1257 0000 203529
Untuk melihat gambar-gambar kecederaan yang dialami mangsa sila klik di sini
Kepada sesiapa yang ingin melawat mangsa, sila ke Wad 5B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Tetapi itu untuk hari ini, saya jangkakan kemungkinan besar beliau akan dipindahkan ke wad lain selepas keluar dari Dewan Bedah.
Tak payah susah dan pening kepala. Sistem rekod dan data hospital-hospital di negara kita memang mantap. Semuanya hasil usaha kecekapan pemerintahan BN. Hi hi hi , jangan marah ya,iklan sikit.
Anda tiba sahaja di Hospital Klang, tuju ke kaunter pendaftaran masuk wad, atau kaunter pertanyaan dan tanya nama Mohamad Haruman Bin Miskon, pasti kakitangan di sana boleh beritahu anda sekelip mata sahaja di wad mana beliau berada.
Waktu melawat HTAR Klang adalah pada jam 12.30 tgh - 2 petang dan jam 5 ptg - 7 ptg. Hari biasa, hari cuti umum, hari ahad atau pada hari lahir rbf sekali pun waktu melawatnya sama sahaja.
Sekian dahulu, setakat itu sahaja maklumat yang saya boleh beri setakat ini untuk pengetahuan, makluman dan kemudahan anda semua.
Source/Copy From : RBF Online.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)