Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Friday, January 1, 2010

Siapakah DAJJAL ?

ADA KAITAN DGN DAJJAL KE NI?

"Dajjal penyibar pemikiran dan budaya kufur dan pencetus huru-hara di dunia. Dajjal atau Al-Masihuddajjal atau al-masih. Tidak ada sebelah mata dan tidak ada alis mata. Dajjal beasal dariperkataan "Dajlun" yang bermaksud "penutup". Iaitu penutup kebenaran dan kebatilan.

Al-Masihuddajjal adalah dajjal yang terakhir turun di dunia. Sebenar spesis dajjal telah berada di muka bumi. (Sabda Rasulullah s.a.w.: "sesungguhnya menjelang terjadi kiamat terdpat 30 DAJJAL PENDUSTA". hadis soheh dari riwayat Ahmad dari Ibn Umar.

Dajjal atau Al-Masihuddajjal dari keturunan kaum YAHUDI. perangainya cukup burukdan bentuk seperti SYAITAN. Dajjal dikelilingi oleh syaitan-syaitan dan diikuti oleh 70 ribu oarng Yahudi.

Ayah dan emak Dajjal seperti sabda Rasulullah s.a.w.....Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu bakar;: "Orang tua dajjal tidak pernag mendapat kan anak selama 30 tahun. Kemudian lahirlah dari kedua-duanya seorang anak lelaki bermata satu, berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya.ketika matanya tertidur, hatinya tidaklah ikut tertidur. bapanya adalah seorang lelaki yang bertubuh tinggi, berhidung panjang seakan-akan paruh burung dab berkulit kasar. Ibunya adalah wanita yang berbadan besar, bertangan panjang dan payudaranya besar.".

Bentuk tubuh Dajjal @ Al-Masihuddajjal :- Rasulullah s.a.w. bersabda.... ..

"ternyata ia adalah seorang lelaki yang berbadan besar, merah, berambut kerinting dan bermata sebelah". Diriwayatkan Bukhari dari Ibn Umar.

"Sesunggunya Al-Masihuddajjal adalah seoarang lelaki yang pendek, hujung telapak kakinya berdekatan (rapat-rapat) , sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang (sebelah lagi) terhapus (tidak ada lansung)." Diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

"Sesunggunya kepala Dajjal itu dari belakang terlihat tebal dan berkelok-kelok" . ' Diriwayatkan oleh Ahmad dari Hisyam bin Amir.

"Sesungguhnya Dajjal itu terhapus matanya yang sebelah kiri". Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas dan Abu huzaifah.

"Pada matanya sebelah kanan seakan-akan ia adalah satu biji anggur yang terapung (tersembul keluar)'." Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibn Umar.

" Bukankah sesungguhnya ia itu bermata satu atau sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap MUKMIN". (Muttafuqun 'Alaih, dari Anas. sekian... "


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.