Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Wednesday, July 29, 2009

Hukum Menipu untuk menjaga hati seseorang

soalan: apakah hukum seseorang itu menipu? setahu saya menipu untuk menjaga aib dibenarkan. tetapi bagaimana pula menipu untuk menjaga hati seseorang?

jawapan: Hukum menipu adalah berdosa dalam keadaan apa sekali pun. Sebaik-baiknya hendaklah bersikap jujur, amanah dan ikhlas supaya sesuatu perkara yang dibuat itu mendapat keberkatan daripada Allah SWT.



INFO
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2.Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.



Adakah Orang Menipu Murtad?

Soalan:

Tak syak lagi orang yang menipu akan mendapat dosa. Perbuatannya sama seperti menolak al-Quran dan hadis yang melarang mencuri. Adakah disebabkan menolak al-Quran dan hadis yang menyatakan tidak boleh mencuri menyebabkannya menjadi murtad?

Jawapan:
Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar kerana dosa yang dilakukannya. Kerana bukan semua yang melakukan dosa bertujuan mengingkari al-Quran, barangkali ada orang yang melakukan dosa disebabkan terpaksa atau seumpamanya, dalam keadaan dia mengakui dosa yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan dan dosa yang diharamkan oleh Allah. Namun perlakuan dosa itu dilakukan atas beberapa sebab.

Mencuri, berbohong, zina dan seumpamanya, jika dilakukan dengan tujuan mengingkari al-Quran, atau menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah, atau mempermainkan hukum Allah adalah satu perbuatan murtad atau perbuatan yang menyebabkan sipelakunya terkeluar daripada Islam. Na’uzubillahi min zalik.

Umat islam tidak boleh boleh menghukum kafir kepada mana-mana pelaku dosa. Sebaliknya pelaku dosa tersebut perlu dinasihati, dan berusaha membantunya supaya dapat menjauhi perbuatan dosa tersebut

wallahu a’lam.


by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.