Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri b4ns sendiri. terima kasih.



Wednesday, December 16, 2009

SUSU SEGAR DIBUANG BEGITU SAJA? 75000liter?

AKu terkejut dengan tindakan bodoh diorang tu. membuang susu sebanyak 75,000 liter??? Mereka mmg tidak bersyukur dgn rezeki yang tuhan bagi. daripada mereka membuang susu tersebut. ada baiknya mereka menderma susu tersebut kepada rumah2 kebajikan, anak yatim dan orang2 yang memerlukan bantuan. nak kata bijak nampak sangat diorang ni bodoh. otak lembu kot. bila kata bodoh. kata kita jahat plak. Nak protes pun bertempat laa beb. jangan sampai membazir begitu je. BODOH BODOH BODOH!! RAMAI LAGI ORANG SUSAH KAT MALAYSIA NI. APE SALAHNYA DIAGIHKAN SUSU TU KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG SUSAH. dari buang dan membazir. ZAAZZZ!! tarik je suma rezeki dia.


SYED Muhd. Alwi Abdullah (kiri) bersama pekerja ladang terpaksa membuang 16,500 liter susu lembu segar ke dalam parit kerana pengilang enggan menerima susu tersebut di ladang Fidaf, Muadzam Shah, Pahang, semalam.
SYED Muhd. Alwi Abdullah (kiri)<--- bodoh ke dia ni?
ROMPIN 15 Dis. - Sebuah syarikat pengeluar susu lembu tempatan terbesar di Semenanjung menanggung kerugian apabila terpaksa membuang sebanyak 75,000 liter susu segar berikutan keengganan pengilang menerima produknya sejak hampir dua bulan lalu.
Dalam kes terbaru hari ini, syarikat terbabit, First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) membuang sebanyak 16,500 liter susu segar ke dalam parit di ladang ternakannya di Bandar Muadzam Shah dekat sini.
Berikutan keengganan pengilang menerima susu segar keluaran tempatan itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung kerugian hampir RM200,000 sejak pertengahan bulan lalu.
Pengarah Urusan Fidaf, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah mendakwa, keengganan pengilang menerima susu segar keluaran tempatan kerana harganya dikatakan lebih mahal berbanding susu segar import dari Australia dan New Zealand pada masa ini.
''Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana ia boleh menjejaskan industri pengeluaran susu segar tempatan apabila pengilang lebih berminat untuk membeli susu segar import yang lebih murah.
''Dengan teknologi pengeluaran susu yang kita miliki, kita tidak mampu menawarkan harga yang lebih rendah daripada RM2.50 seliter berbanding susu segar import," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas membuang sebanyak 16,500 liter susu segar di sebatang parit di ladangnya di Muadzam Shah hari ini.
Fidaf yang diwujudkan di bawah Ministry Of Agriculture Incorporated (MOA Inc.) pada tahun lalu, dibangunkan di kawasan seluas 920 hektar dan kini mempunyai 1,600 ekor lembu susu.
Fidaf kini mengeluarkan kira-kira 6,000 liter susu segar sehari kepada tiga pengilang terkemuka di negara ini.
Syed Muhd. Alwi menegaskan, bagi menangani masalah kesukaran susu tempatan memasuki pasaran, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu campur tangan dengan mengkaji semula permit import (AP) yang dikeluarkan kepada pengilang.
Menerusi kajian semula itu, katanya, kerajaan perlu menilai semula kuota pengimportan susu segar import berdasarkan kadar tertentu supaya produk tempatan dapat terus bersaing di pasaran.
''Saya sedang menyiapkan surat berhubung kajian terhadap permit import untuk diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat ini," katanya.




dipetik dari utusan malaysia

by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

5 comments:

  1. nak mintak simpati kerajaan la tu..baikla bagi orang..derma..bagi yang tak cukup mkn..murahla sket rezeki tu nnti..

    ReplyDelete
  2. betul tu. mintak simpati kerajaan dengan cara bodoh. kita kerajaan tak patut tolong orang macam ni berniaga.
    membazir duit rakyat je jika tolong orang macam ni.

    ReplyDelete
  3. memang mebazir ..sakit hati masa tengok dorang buang susu tu..pastu siap berlakon nangis2 lg..

    ReplyDelete
  4. org cam dorg nie xreti bersyukur.
    haishh

    ReplyDelete
  5. betul betul betul. baik derma ja dulu daripada buang macam tu je.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.