Sunday, December 11, 2011

Queen Park Rangers lawan Kelantan The Red Warriors 2012





Joey Barton antara bintang QPR
Tan Sri Tony Fernandes, CEO Air Asia Berhad di laporkan berminat untuk membawa pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang dimiliki beliau, Queen Park Rangers ke Malaysia pada tahun hadapan.

Beliau telah mencapai persetujuan lisan bersama Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa untuk membawa QPR untuk pertama kalinya ke Malaysia dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan.

Perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan ini dijangka akan diadakan pada bulan Jun atau Julai 2012 iaitu selepas berakhirnya musim Liga Perdana Inggeris musim ini.

Antara bintang QPR yang dikenali ramai adalah Joey Barton dan Shawn Wright Phillips yang dibawa masuk selepas pengambil alihan QPR oleh Tony Fernandes.

QPR adalah pasukan kedua dari Liga Perdana Inggeris yang dimiliki oleh rakyat Malaysia apabila Tan Sri Tony Fernandes bertindak membeli 66% saham QPR daripada Bernie Ecclestone.

Pada 18 Ogos 2011, beliau secara rasminya diperkenalkan sebagai pemegang saham QPR terbesar dan merupakan pengerusi QPR Holding Limited.

Untuk Rekod, Cardiff City FC ialah kelab EPL pertama yang berjaya dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Dato' Chan Tien Ghee pada tahun 2010. Anak beliau, Nicholas Chan juga merupakan pemain skuad Piala Presiden Kelantan musim 2011.


artikel ini dipetik dari http://mugonopak.blogspot.com
terima kasih kepada admin blog mugonopak kerana memberi izin.


blog comments powered by Disqus