Sunday, December 11, 2011

Queen Park Rangers lawan Kelantan The Red Warriors 2012





Joey Barton antara bintang QPR
Tan Sri Tony Fernandes, CEO Air Asia Berhad di laporkan berminat untuk membawa pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang dimiliki beliau, Queen Park Rangers ke Malaysia pada tahun hadapan.

Beliau telah mencapai persetujuan lisan bersama Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa untuk membawa QPR untuk pertama kalinya ke Malaysia dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan.

Perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan ini dijangka akan diadakan pada bulan Jun atau Julai 2012 iaitu selepas berakhirnya musim Liga Perdana Inggeris musim ini.

Antara bintang QPR yang dikenali ramai adalah Joey Barton dan Shawn Wright Phillips yang dibawa masuk selepas pengambil alihan QPR oleh Tony Fernandes.

QPR adalah pasukan kedua dari Liga Perdana Inggeris yang dimiliki oleh rakyat Malaysia apabila Tan Sri Tony Fernandes bertindak membeli 66% saham QPR daripada Bernie Ecclestone.

Pada 18 Ogos 2011, beliau secara rasminya diperkenalkan sebagai pemegang saham QPR terbesar dan merupakan pengerusi QPR Holding Limited.

Untuk Rekod, Cardiff City FC ialah kelab EPL pertama yang berjaya dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Dato' Chan Tien Ghee pada tahun 2010. Anak beliau, Nicholas Chan juga merupakan pemain skuad Piala Presiden Kelantan musim 2011.


artikel ini dipetik dari http://mugonopak.blogspot.com
terima kasih kepada admin blog mugonopak kerana memberi izin.


Pemain KELANTAN The Red Warriors Musim 2012

stadium sultan muhammad IV (stadium keramat The Red Warriors)




Goalkeeper
1. Khairul Fahmi Che Mat (Jersi 19)
2. Shahrizan Ismail (Jersi 1)
3. Syawzwan Yusof (Jersi 20)


Defender
1. Rizal Fahmi Abdul Rosid (Jersi 17)
2. Mohd Farisham Ismail (Jersi 6)
3. Zairul Fitree Ishak (Jersi 24)
4. S. Subramaniam (Jersi 3)
5. Daudsu Jamaludin ( Jersi 15)
6. Azizi Mat Rose (Jersi 2)
7.Mohamad Abdul Aziz Ismail (Jersi 11)
8.Nik Shahrul Azim (Jersi 5)

Midfielder
1. Mohd Badri Muhd Radzi (Jersi 16)
2. Shakir Shaari (Jersi 8)
3. Izuan Solahuddin (Jersi 26)
4. Khairul Izwan Rosli (Jersi 27)
5. Nurul Azwan Roya (Jersi 12)
6. 
S.Chanturu (Jersi 23)
7. Norfarhan Mohamad (Jersi 10)
8. Indra Putra (Jersi 13)
9. Emmanuel Okine (Jersi 4)
10. Zamri Ramli (Jersi 14)
11. Zakari (Jersi 21)
Striker
1. Norshahrul Idlan Talaha (Jersi 9)
2. Ramzul Zahini Adnan (Jersi 7)
3. Mohd Ghaadar (Jersi 22)
4. Denny Antwi (Jersi 18)
5.Mohd Aris Zaidi (Jersi 28)
6.Azlan Ismail (Jersi 25)

Penyokong setia The Red Warriors ( Kelantan FA )

Saturday, December 10, 2011

Group Kelantan FA dalam kejohanan AFC cup 2012


Pada kejohanan AFC CUP 2012 kelantan akan berada di kumpulan H bersama dengan Ayeyawady United , Arema Indonesia dan Navibank Saigon. Diharap kelantan menjadi antara pasukan yang paling digeruni di rantau Asia.

dapatkan maklumat lanjut mengenai pasukan kelantan the red warriors di http://theredwarriors.com