18 XXXXLLLL POLITIK. TAK SUKA JGN BACA. NAK KUTUK AKU SILA LAH.
Ni lah yang jadi bila orang melayu tak boleh tengok orang melayu lain senang sikit.. mesti nak menangguk di air yang kerohh.. ambik kesempatan. Kalau diikutkan pasukan bola sepak kelantan di bawah kerajaan negeri sangat menyedihkan. Diorang ni pandai bercakap saja. tetapi apa yang diorang cakap tak sama bikin dengan apa yang diorang buat. Selepas Anuar Musa mengambil alih pasukan kelantan ,barulah kualiti pasukan semakin meningkat naik.. Hutang semakin Kurang. Penonton Red Warriors Juga selalu penuh di stadium sampai tak muat.
Adakah cukai hiburan ni diminta kerana kerajaan negeri kelantan sekarang ini banyak berhutang. atau ada agenda lain dalam pengurusan mereka? Tanah Kubur Yang Diwakafkan pun sudah dijual dan akan dibina hotel di atas tanah wakaf?? memang dibolehkan dijual tanah wakaf wakaf, tetapi kemanakah duit dari hasil jualan tanah wakaf itu? adakah digunakan untuk membina kubur baru. atau benda lain? Kerajaan kelantan perlu menjelaskan kemana duit hasil jualan itu pergi..
Walaupun Saya tidak suka dengan cara PAS, tak semestinya saya membenci islam. Adakah islam itu terhad kepada orang yang menyokong PAS sahaja? Orang yang beragama Islam pun tidak mengira bangsa dan warna kulit.Ada khabar angin mengatakan Sokong PAS masuk syurga , walaupun orang yang meyokong PAS itu tidak sembahyang dah selebihnya, Adakah itu logik?? .. Perkara ini juga sama dengan orang UMNO. Jika mereka tak solat, neraka lah bagi mereka. Kalau solat, insyallah syurga laa bagi mereka. Perkara begini boleh membuatkan umat islam confuse antara Islam , Pas, Umno.
PAS adalah Islam?? PAS hanyalah parti yang memperjuangkan islam. tetapi sekarang mereka sudah senyap atau diam memperjuangkan HUKUM HUDUD DI KELANTAN. Ini terjadi selepas mereka menyertai perikatan.. PERIKATAN BUKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. .SECARA AUTOMATIK NYA PAS SUDAH TIDAK LAGI MEMPERJUANGKAN ISLAM. PAS sekarang pun sudah menjadi hamba PKR dan DAP.. .
sedarlah wahai sahabatku sekalian.
dah lari dari tajuk plak..
HIDUP RED WARRIORS, JANGAN HANCURKAN KAMI!!
Kini kami terpaksa bayar lebih RM40,000 bagi satu perlawanan: Annuar
DI
SEBALIK kebanjiran penonton setiap kali Kelantan turun beraksi di
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kini
berdepan dengan kutipan cukai hiburan yang mahu dikutip kerajaan negeri.
Surat berhubung penetapan bayaran cukai hiburan itu dihantar
kepada Kafa oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat
pada 13 April lalu, memaklumkan keputusan kerajaan negeri itu. Tanpa bantuan kewangan dihulurkan kerajaan negeri, tuntutan cukai baru
itu meningkatkan lagi beban yang terpaksa dipikul kepemimpinan Kafa yang
selama ini dibebani dengan pelbagai cukai dan sewaan daripada kerajaan
negeri.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, menyifatkan arahan terbaru itu
satu lagi beban baru kepada persatuan itu dan kemungkinan mereka
terpaksa menaikkan harga tiket lebih tinggi daripada kadar RM12
sekarang.
Katanya, surat Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan bertarikh 13
April lalu mengarahkan Kafa membawa tiket bola sepak sebelum dijual
kepada orang ramai ke pejabat berkenaan untuk dicop dan ditaksir cukai
yang perlu dibayar persatuan itu.
Katanya, penaksiran cukai itu membebankan Kafa yang kini terpaksa
membayar lebih RM40,000 bagi satu perlawanan bola sepak membabitkan
bayaran levi sehingga 20 peratus, cukai perkhidmatan sampah, sewa ‘score
board’ dan bilik mesyuarat di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu.
“Arahan terbaru daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan
ini jelas membebankan Kafa dan saya harap bola sepak tidak diletakkan
dalam kategori hiburan kerana ia adalah acara sukan di bawah Akta Sukan.
“Kafa terpaksa membelanjakan antara RM250,000 hingga RM300,000
sebulan bagi pengurusan pasukan dan adalah tidak wajar kita dibebani
dengan pelbagai cukai dan sewaan termasuk yang terbaru cukai hiburan ke
atas tiket bola sepak,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan
bonus khas sebanyak RM20,000 kepada pegawai dan pemain Kelantan di Pusat
Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu, semalam.
dipetik dari berita harian..