Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Saturday, September 12, 2009

Hukum Bersanding

View Comments
Orang nak beraya tapi aku kuarkan bab ni kat blog aku..so ni bagus gak untuk kebaikan bersama.. jimat kos xyah bersanding.. lgpun merugikan. bersanding atas katil laa, dalam bilik, jimat kos. lgpun kalau bersanding salah niat, x berkat jawabnye majlis korang. :) so mari kita tgk jawapan dari ustaz yg dipetik dari utusan malaysia.


SOALAN:
Berikutan penerangan ustaz di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2009 mengenai hal-hal adat Melayu yang boleh membawa kepada syirik kepada keesaan Allah, saya amat berharap agar ustaz dapat menjelaskan tentang hukum upacara bersanding dan merenjis semasa adat majlis perkahwinan orang Melayu.
Jawapan:
Hukum Bersanding
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.
Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.
Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.
Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.
Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.
Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.
Hukum Adat Merenjis
Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).
Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)
Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.
Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.
Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.
Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.
Wallahu 'Alam.

Dipetik dari Slot Bicara Agama Utusan Malaysia.



by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, September 8, 2009

Hp untuk raya ?? Sony Ericsson K850i

View Comments
selepas mendiamkn diri selama dua minggu.. maybe kerana busy ngan subject design yang aku ambik,, then penat.. so harini aku free sekejap untuk tulis blog aku yang da lama tergendala.. :p


so seminggu lagi posa sebelum raya datang. sebab x tau nak watpe.. so aku leh terfikir nak bli hp raya yang boleh laa tahan gak kan..dwi function punya hp. leh untuk ckap2 ngan tangkap gambar.. dia guna kamera 5mp je.. tapi kualiti gambar dia cantik laa bagi aku.Design dia pun ok. x nampak serabut sangat.. hp ni name dia Sony Ericsson K850i.. harga dia leh laa tahan. harga dia rm875.00 kat pasaran skang, maybe kalau korang pandai leh laa mintak murah..



kalau korang bli yang 2nd hand punya, harga dia dalam rm 400.00 xpun rm 500.00 kot. ni aku tgk kat Kota Bharu Kelantan laaa. kat tempat laen aku x tau harga cane..Nak kate original ke x. tu korang tanya hati masing2 laa.. kadang2 diorang bagi barang china laaa x original laa.. so hati2 laa semasa membeli..

So nati aku letakkan kualiti gambar dari hp K850i ni .. waktu malam punya gambar, redup, cerah.. semua keadaan aku try ambil nati.. Ke korang ada cadangan lain lagi pada aku.. aku nak pakai hp yg camera gempak.. tapi harga yang mampu aku bli .. iaitu x lebih dari rm900.00, sile laaa bg cadangan.. aku akan pertimbangkannye nati..

aku ucapkan selamat berbuka kepada rakan2 blogger & rakan2 di luar sana.. aku undur diri dulu.. assalamualaikum..


by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.