Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Tuesday, April 17, 2012

' Ghaddar dan Shahrul robek gawang T-Team '

Kelantan The Red Warriors ketika menentang Lions XII
Kredit to TheRedWarriors.com


THE Red Warriors akan mempamerkan corak permainan lebih mantap dalam pusingan kedua saingan Liga Super dengan kemunculan semula Mohamad Ghaddar yang akan digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha pada pertemuan dengan T-Team di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata barisan serangan dengan dua penggempur berkaliber ini sudah tentu membolehkan Kelantan menyajikan aksi lebih berbisa menghadapi T-Team bagi menebus kegagalan meraih mata penuh, Sabtu lalu.

Katanya, Ghaddar yang dilihat sudah mendapat sentuhan dalam beberapa perlawanan sebelum ini terutama pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), memberi keyakinan kepada Kelantan membawa pulang tiga mata penuh dari gelanggang lawan.

The Red Warriors sudah tentu akan bangkit di Stadium Nasiruddin Shah nanti walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan penonton tuan rumah yang inginkan T-Team menewaskan kami. - Azman Ibrahim, Pengurus pasukan “Selain itu, Norshahrul atau Mat Yo, yang agak lama tidak beraksi, kini sudah 100 peratus pulih daripada kecederaannya dan dijangka mampu menghasilkan kejayaan bergandingan dengan Ghaddar nanti.

Barisan kemungkinan Kelantan The Red Warriors vs T-Team.
17 April 2012 ( 8.45 mlm )
“The Red Warriors sudah tentu akan bangkit di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah nanti walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan penonton tuan rumah yang inginkan T-Team menewaskan kami,” katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.

Ghaddar baru kelmarin disahkan Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) tersenarai dalam saingan Liga Super, selepas mengenepikan pemain import dari Nigeria, Nwoha Onyekachi.

Azman berkata, matlamat utama Kelantan ialah untuk merampas kembali takhta Liga Super yang kini dikuasai wakil Singapura, Lions XII dan ia tidak mustahil mampu dicapai dengan gandingan serangan Ghaddar dan Mat Yo.  




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.