Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri "Maaf Zahir & Batin"

View Comments
 Assalamualaikum..

Dikesempatan ini b4ns ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga segala amalan kita semua disepanjang ramadhan kali ini diterima oleh ALLAH S.W.T . Diharap pada tahun hadapan dapat kita sekali lagi diberi peluang untuk menunaikan ibadat puasa ini dengan lebih baik lagi. Insyallah.



Bulan Ramadhan telah berlalu
Dan hari Kemenangan telah datang
Untuk itu mari kita bersihkan hati dan jiwa kita
Dari gelomang dosa
Mohon Maaf Zahir dan Batin







JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, May 27, 2012

The Malaysia Neymar "Skill Of The Year"

View Comments
Pemain-pemain malaysia dan import dari malaysia sekarang sudah memiliki gaya permainan seperti pemain bolasepak di eropah.. Masing-masing berusaha untuk merebut tempat dalam pasukan.
salah satunya adalah m.ghaddar dari lubnan yang bermain untuk kelantan FA yang mendapat liputan meluas.



Jumlah views video ini ketika diletakkan dalam blog b4ns adalah 3.4 millions. kekadang lawak pula tengok video ni. Sebenarnya ghaddar ingin melambat -lambatkan masa. dikala kelantan sedang mendahului pasukan sime darby pada FInal Piala FA 2012. Selamat menonton!!



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, May 22, 2012

Laporan Polis terhadap FAM.

View Comments
Tindakan FAM merampas dan menurunkan Banner yang mengandungi gambar-gambar Tan Sri Annuar Musa dan pemain-pemain kelantan telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Pasukan The Red Warriors. Disini kita dapat huraikan kebodohan yang FAM telah lakukan. -b4ns

RedsFC-News "Kelab Penyokong akan membuat satu laporan polis atas tindakan FAM membuang dan merampas banner yang digantung di Stadium Nasional Bukit Jalil.." Baca Selanjutnya
Petikan diambil Dari facebook dan laman rasmi http://redsfcnews.gegar.my


Penyokong kesal tindakan FAM
gambar menunjukkan salah satu banner yang dihalang dari memasuki Stadium Bukit Jalil.

sumber dipetik dari Sinar Harian.




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Monday, May 21, 2012

Kelantan Juara Final Piala FA 2012

View Comments
Masih tidak terlambat untuk b4ns mengucapkan Tahniah kepada pasukan kelantan kerana berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjuarai Piala FA. Lebih menarik lagi gol kemenangan Piala FA dijaringkan oleh pemain yang memakai jersi nombor 22 iaitu M.Ghaddar.



Kejayaan kelantan merangkul PIALA FA hampir sama dengan kejayaan CHELSEA yang sudah sekian lama menunggu untuk menjadi juara EROPAH buat pertama kalinya. Kedua-dua kemenangan dihasilkan melalui jaringan yang sama, iaitu penalti. cuma cara penalti mempunyai sedikit perbezaan.


Walaupun banyak kontroversi yang timbul diantara Penyokong Setia The Red Warriors dengan FAM B4ng54t. Ia tidak pernah melunturkan semangat membara mereka untuk menjadi pemain ke 12 The Red Warriors. Gambar Potret player2 TRW yang dihasilkan oleh ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA turut DIRAMPAS oleh FAM B4NG5AT , BANNER UCAPAN HAPPY BIRTHDAY KEPADA TAN SRI ANNUAR MUSA juga turut dirampas. Disini kita dapat lihat kebodohan di pihak FAM yang cuba melemahkan semangat juang wira The Red Warriors. Jumlah penonton kelantan yang berjumlah 85 ribu yang membanjiri stadium bukit jalil juga menjadi sejarah baru di MALAYSIA dan KELANTAN amnya. Boleh dikatakan tiada suasana seperti ini dimalaysia yang melibatkan pasukan2 negeri.

Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membangunkan bolasepak KELANTAN.


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, May 5, 2012

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf meninggal dunia

View Comments
Datuk Fickry Yaacub

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub meninggal dunia di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini malam tadi akibat serangan jantung.

Adik beliau, Datuk Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf memberitahu, Allahyarham sebelum itu sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Kelantan bertemu Lions XII.

Allahyarham berusia 65 tahun meninggalkan seorang isteri, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang cahayamata.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara selepas solat Zuhur.

"Rakan-rakan yang ingin menziarah jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian di kediamannya di 66, Lorong Aminuddin Baki 3, bersebelahan SK TTDI,” kata Hussamuddin, yang masih terkejut dengan berita kematian abangnya itu.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa TTDI pada jam 10 pagi esok untuk dikafankan.

Seluruh warga kerja Kumpulan Media Karangkraf termasuk Sinar Harian mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.


# Saya penyokong setia The Red Warriors mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Beliau banyak berjasa kepada Pasukan Kelantan , The Red Warriors. Arwah merupakan peminat setia Pasukan The Red Warriors.

AL- FATIHAH







JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, April 17, 2012

Live Audio Streaming Kelantan VS T-Team

View Comments
Barisan RASMI The Red Warriors yang diturunkan.


Simpanan : Syazwan (GK), Nik Azim, Farisham, Mat Yo, Indra, Zamri Ramli, Rizal Fahmi


Ikuti Live streaming di : link 1




FT      kelantan 2 - 1 T-Team
     Chanturu *67' ,  Khairul Izwan *52'
Ghaddar *88'(P)




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

' Ghaddar dan Shahrul robek gawang T-Team '

View Comments
Kelantan The Red Warriors ketika menentang Lions XII
Kredit to TheRedWarriors.com


THE Red Warriors akan mempamerkan corak permainan lebih mantap dalam pusingan kedua saingan Liga Super dengan kemunculan semula Mohamad Ghaddar yang akan digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha pada pertemuan dengan T-Team di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata barisan serangan dengan dua penggempur berkaliber ini sudah tentu membolehkan Kelantan menyajikan aksi lebih berbisa menghadapi T-Team bagi menebus kegagalan meraih mata penuh, Sabtu lalu.

Katanya, Ghaddar yang dilihat sudah mendapat sentuhan dalam beberapa perlawanan sebelum ini terutama pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), memberi keyakinan kepada Kelantan membawa pulang tiga mata penuh dari gelanggang lawan.

The Red Warriors sudah tentu akan bangkit di Stadium Nasiruddin Shah nanti walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan penonton tuan rumah yang inginkan T-Team menewaskan kami. - Azman Ibrahim, Pengurus pasukan “Selain itu, Norshahrul atau Mat Yo, yang agak lama tidak beraksi, kini sudah 100 peratus pulih daripada kecederaannya dan dijangka mampu menghasilkan kejayaan bergandingan dengan Ghaddar nanti.

Barisan kemungkinan Kelantan The Red Warriors vs T-Team.
17 April 2012 ( 8.45 mlm )
“The Red Warriors sudah tentu akan bangkit di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah nanti walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan penonton tuan rumah yang inginkan T-Team menewaskan kami,” katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.

Ghaddar baru kelmarin disahkan Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) tersenarai dalam saingan Liga Super, selepas mengenepikan pemain import dari Nigeria, Nwoha Onyekachi.

Azman berkata, matlamat utama Kelantan ialah untuk merampas kembali takhta Liga Super yang kini dikuasai wakil Singapura, Lions XII dan ia tidak mustahil mampu dicapai dengan gandingan serangan Ghaddar dan Mat Yo.  




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, April 8, 2012

Hidup seharian seorang Designer.

View Comments
pada petang ahad , masa hujan ni, xde keje. tgh2 tgk kat google. b4ns jumpa gambar berinformasi.. gambar berinformasi ni adalah kenyataan sebenar seorang Designer.

P.s: kredit kepada tuan punya gambar ni.




video bila berhadapan dengan pelanggan dan bos. 

 

:) selamat berkerja... :)





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, April 1, 2012

Ada Penyelewangan Dalam FAM ???

View Comments




Dipetik dari : Malaysia Football Forum
Penyelewengan Pertama:
Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

Penyelewengan Kedua:
Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar Rm25,000 sahaja.

Penyelewengan Ketiga:
Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?
Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?

Penyelewengan Keempat:
Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan presiden dalam kongres akan datang?

TS Annuar merupakan pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu, jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?

Penyelewengan Kelima:
Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?

Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?

Penyelewengan Keenam:
TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?

Dan Penyelewengan TERBESAR.
Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!



dipetik dari : Malaysia Football Forum
-b4ns * kalau semua ni betul memang patut semua yang ada dalam FAM digulingkan...


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, March 30, 2012

Perhimpunan Merah 4.4 2012. Wisma FAM Kelana Jaya

View Comments



Maklumat terkini:


Rabu 4/4/2012 Pukul 1.15 petang di Wisma FAM Kelana Jaya. Perbicaraan akan bermula jam 2pm. Pakaian baju merah, tapi tak kisah nak pakai baju kerja. HIIMPUNAN MERAH (PAkai jersi pasukan masing-masing pun boleh) !! Sila share & ajak semua yg berminat..TIDAK SEMESTI KELANTANESE.. Semua peminat dan pemerhati bolasepak negara dijemput hadir. Bersatu hati demi bolasepak Kelantan & Malaysia. Jika dulu arwah Dato Ahmad Basri Akil Kedah pencetus kejayaan bolasepak Kedah pernah dikenakan tindakan. Tidak mustahil TSAM pun akan menerima nasib yg sama. HIDUP BOLASEPAK MALAYSIA.. Ketepikan keangkuhan FAM!


dr TRWM..









JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, March 24, 2012

How to remove blogger Navbar

View Comments
Blogger comes with a default navigation bar.This blogger navigaton bar may not be present in most of the templates.But if you are using a default blogger template,then you will see some navigation bars like the one in this picture.These navigation bars can be removed using some simple CSS techniques. Here are the steps to remove the Blogger Navigation bar /Blogger Nav Bar
1.Login to your blogger account

2.From your Dashboard opt for Layout

3.Now choose Edit Html

4.You will see your template code there.

5.In that template code find
 

]]>b:skin>

and replace it with
 
#navbar-iframe,#navbar { display: none !important; }

]]>b:skin>

 6.Now opt for SaveTemplate.

7.Affter saving the template take a look at your template and your blogger navigation bar must have disappeared. :)


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, March 9, 2012

Kelantan vs Kuala Lumpur PIALA FA 2012

View Comments

Barisan kemungkinan kelantan vs kuala lumpur
PIALA FA
10 march 2012
Sabtu.
8.45 mlm (Stadium Sultan Muhammad ke IV)
tiada live


design by: b4ns for d3signproject.com



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, February 28, 2012

Apakah itu Nikah gantung?

View Comments


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
.

b4ns pun rasa nak buat macam ni. sebabnya tak membebankan sangat dan dapat elak dari timbulnya fitnah.
hehehe. papepun bergantung pada pendapat ibubapa b4ns dan pasangan b4ns.

semoga info ini berguna untuk kita semua. yang terutama sekali dapat elak maksiat. 



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, February 14, 2012

Live Liga Super 2012 di TV1 dan Astro ARENA 801

View Comments

Live hari ini:

Selangor vs Kelantan
Jam 8.45 malam 
di TV1

Johor FC vs Sarawak
Jam 8.00 malam
di Astro Arena.

Perlawanan diantara selangor dan Kelantan menjadi perlawanan tumpuan malam ini.
Mampukah wira merah menumpaskan gergasi merah?

B4ns: Apepun wira merah mampu tewaskan apa sahaja yang datang. Diharap kelantan akan terus kekal di takhta liga dan menjadi satu-satunya pasukan dalam liga super yang masih memegang rekod tanpa kalah setakat ini ,selepas tujuh perlawanan. Gomo kelate gomo!



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, February 12, 2012

Perlawanan Liga super terhebat malam ini.

View Comments


Perlawanan yang paling dinantikan telah tiba, di mana pasukan yang terkenal dengan gelaran the red warriors akan bertemu musuh tradisi abad ini iaitu pasukan terengganu. Perlawanan yang memang menjadi tumpuan penyokong fanatik pasukan the red warriors.

Jumlah penyokong yang akan ke stadium keramat the red warriors juga akan menambahkan lagi semangat wira the red warriors untuk menempuhi pertembungan bersejarah ini , walaupun perlawanan ini disiarkan secara langsung di ASTRO ARENA 801 jam 8.45 mlm ini. diharapkan para penyokong setia the red warriors dapat memenuhi stadium keramat trw, stadium sultan muhammad ke-IV.

Jumpa b4ns disana nanti. GOMO Kelantan GOMO ! Insyallah.

kredit gambar : MEGraphic TRW

FULL TIME : Kelantan 2 - 1 Terengganu.

Kelantan mendahului takhta  liga super. tahniah the red warriors.! kerana menunjukkan permainan yang berkualiti semalam. tak heran laa b4ns dah hilang suara , gara-gara bersorak semalam.


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, February 10, 2012

Bagaimana tingkatkan pelawat ke blog?

View Comments



Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Lirik Musik Indo
2. Asing Music Lyrics
3. Free Templates
4. Jogja-Blogger
5. Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
6. pVidia Blog
7. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
8. Bisnis di Internet
9. Blogging-Surfer
10. Tintalughahwi
11. Igauan
12. Ad-dai'
13. Galeri Kain Pasang & Buku Telaga Biru
14. Design Project kami design Kad Kahwin, banner, bunting dll.
15. The Black Lens ( Lensa hitam yang sentiasa memerhati )


PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15)

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut.

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.
P/S : Formula di atas terbukti berkesan untuk para blogger yang ingin tingkatkan traffic blog mereka..Rugi kalau tak cuba.. : )



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Thursday, January 12, 2012

Gambar Permulaan the red warriors 2012

View Comments







picture credit to shazlishamsuddin



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.