Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Friday, February 18, 2011

Isu panas kembali di Antara The REd Warriors , FAM dan T-Team

The Red Warriors.


Isu panas ini bermula apabila Pasukan T-team mencuri 3 pemain utama The Red Warriors sebelum musim Liga Super 2011 bermula. Di mana 3 Abdul tersebut masih mempunyai kontrak dengan The Red Warriors. Kes ini menjadi semakin serius apabila Pihak FAM tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap T-team dan 3 Abdul tersebut. Tetapi KAFA sudah Menghantar surat rayuan terhadap 3 abdul ini. kes dalam proses rayuan.

3 Abdul yang didakwa dicuri oleh T-team.


Isu panas ini menjadi semakin berlarutan apabila pasukan t-team terpaksa bertukar vanue perlawanan oleh FAM. T-team diarahkan bermain di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu kerana Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah tidak diluluskan oleh FAM kerana tidak mengikut syarat2 yang telah ditetapkan bagi membolehkan Stadium itu digunakan. tetapi keadaan itu berubah apabila stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah diberikan kelulusan bersyarat oleh JKPT FAM. Lagi satu sikap FAM yang kita boleh nampak. T-team sekali lagi dibela oleh FAM Padahal tempoh pergantungan stadium selama 2 bulan belum lagi tamat.

Tan Sri Annuar Musa Dilema besar TRW. Venue perlawanan T Team vs Kelantan telah diluluskan secara bersyarat oleh JKPT FAM iaitu T Team dikehendaki membayar RM4,000 kepada KAFA dan RM1,000 kepada FAM pada/sebelum 16hb februari (semalam). KAFA menunggu sehingga jam 12 malam tadi tapi T Team tidak membayar kepada KAFA seperti disyaratkan. Apakah bererti vanue tak pindah? Atau T Team sudah disqualified? ATAU......????
Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah. yang diluluskan ?



Lagi satu isu timbul 2 hari sebelum sepak mula apabila pasukan T-team gagal membayar RM4000.00 kepada KAFA pada masa yang telah ditetapkan. mengikut syarat yang ditetapkan pasukan T-team mesti dikenakan tindakan berat kerana melanggar syarat-syarat tersebut.


Tan Sri Annuar Musa Venue Terengganu TAK pindah dah sebab KB pun tak ready dan esok Jumaat, tak ada orang kerja pun. Ikut peraturan T Team mesti kena hukuman berat kerana kesalahan tak bayar fine pada masa ditetapkan; 48 jam sebelum game. THEY SHOULD NOT BE ALLOWED SCOT FREE. Tapi kalau salah macam ni pun masih dilepas jugak saya tak tahu nak kata la.

Walaupun begitu. perlawanan Bolasepak harini tetap berlangsung di Kuala terengganu (Stadium sultan Ismail Nasirudin Shah)  seperti yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Anuar Musa iaitu TImbalan Presiden FAM dan juga Presiden KAFA ( The Red Warriors.) .

Tan Sri Anuar Musa


Ada pihak yang tidak selesa dengan Tindakan Tan Sri ANuar Musa (TSAM) yang bersikap secara terbuka Mengutuk FAM. berikut adalah kenyataan TSAM di dalam Facebook beliau.

Tan Sri Annuar Musa Memang cara saya menguruskan bola tidak disenangi orang. Terutama cara saya yang terbuka d Facebook. Tapi saya fikir zaman ini zaman keterbukaan. Biarlah bolasepak jadi milik rakyat. Zaman bola dikendali secara elitist dah sepatutnya berlalu. SO MANY PEOPLE LOVE FOOTBALL BUT CONTROLLED BY SO FEW WHO GET SO MUCH BENEFIT.... It's about time we open up and lend our ears. Let the true warriors and fans speak up!
 Harimau Malaya tempang kerana FAM.


Dari tiga isu ini ternyatalah jelas lagi terang bahawa FAM tidak bersikap adil dan tidak professional .So anda berfikir laa dengan kebijaksaan otak anda sekalian menilai FAM yang sudah lama berkarat ini. mereka yang berada dalam FAM bukan kerana sayang bolasepak tetapi hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri.

note: B4ns akan menyokong Tan Sri ANuar MUsa dari belakang selama lamanya demi martabat Bolasepak negara. tanpa Tan Sri siapalah Malaysia dalam Bolasepak Dunia.

Source: theredwarriors.com
Source: Tan Sri Annuar Musa 
Source: http://www.wawanfaiz.com
Source: Oren Kecik





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.