Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri b4ns sendiri. terima kasih.



Tuesday, February 22, 2011

Logo baru ALHAMRA REDWARRIORS ACADEMY [ARMY]

View Comments
Dipetik dari facebook Tan Sri Annuar Musa. ALHAMRA REDWARRIORS ACADEMY [ARMY] telahpun mempunyai logo baru. syarikat BrainCHild Intelligence sdn bhd diberi tanggungjawab untuk membina logo ARMY ini.

Logo terbaru ARMY yang dalam peringkat cadangan.

dengan moto "transforming talent" di LOGO ARMY . terbuktilah sudah semangat yang ditunjukkan oleh Tan Sri ANuar Musa , AL-HAMRA dan pihak-pihak penaja untuk menjadikan ARMY sebagai modern Football Learning Academy yang pertama di kelantan & juga malaysia amnya..

source: Tan Sri Annuar Musa
source: BrainCHild Intelligence sdn bhd
source: ARMY


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Monday, February 21, 2011

Video Azizul Hasni Awang Accident (UCI World Cup "Manchester") [Updated]

View Comments
The Pocket Rocket Man terlibat dengan Accident ngeri semasa menyertai UCI WOrld Cup di Manchester. kayu sepanjang 9 inci tertusuk masuk kedalam betis beliau ketika terlibat dalam kemalangan.



Lihat video di bawah.





Malaysian could now return for track World Championships
Azizulhasni Awang has undergone surgery and could be back on the bike within a fortnight, according to doctors. The Malaysian sprinter could now make a shock appearance at next month’s World Championships. It had been feared that he could miss the Worlds.
The Malaysian ‘pocket-rocket’ sprinter needed surgery after a splinter, 9 inches in length, went through his lower left leg in crash during the men’s Keirin final at the track World Cup in Manchester.
The surgery was completed today and the splinter successfully removed, the doctor present suggested he could fly back as early as tomorrow and can ride again in just under a fortnight.

Video Updated :



Video Update On Youtube and Vimeo


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, February 18, 2011

Isu panas kembali di Antara The REd Warriors , FAM dan T-Team

View Comments
The Red Warriors.


Isu panas ini bermula apabila Pasukan T-team mencuri 3 pemain utama The Red Warriors sebelum musim Liga Super 2011 bermula. Di mana 3 Abdul tersebut masih mempunyai kontrak dengan The Red Warriors. Kes ini menjadi semakin serius apabila Pihak FAM tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap T-team dan 3 Abdul tersebut. Tetapi KAFA sudah Menghantar surat rayuan terhadap 3 abdul ini. kes dalam proses rayuan.

3 Abdul yang didakwa dicuri oleh T-team.


Isu panas ini menjadi semakin berlarutan apabila pasukan t-team terpaksa bertukar vanue perlawanan oleh FAM. T-team diarahkan bermain di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu kerana Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah tidak diluluskan oleh FAM kerana tidak mengikut syarat2 yang telah ditetapkan bagi membolehkan Stadium itu digunakan. tetapi keadaan itu berubah apabila stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah diberikan kelulusan bersyarat oleh JKPT FAM. Lagi satu sikap FAM yang kita boleh nampak. T-team sekali lagi dibela oleh FAM Padahal tempoh pergantungan stadium selama 2 bulan belum lagi tamat.

Tan Sri Annuar Musa Dilema besar TRW. Venue perlawanan T Team vs Kelantan telah diluluskan secara bersyarat oleh JKPT FAM iaitu T Team dikehendaki membayar RM4,000 kepada KAFA dan RM1,000 kepada FAM pada/sebelum 16hb februari (semalam). KAFA menunggu sehingga jam 12 malam tadi tapi T Team tidak membayar kepada KAFA seperti disyaratkan. Apakah bererti vanue tak pindah? Atau T Team sudah disqualified? ATAU......????
Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah. yang diluluskan ?



Lagi satu isu timbul 2 hari sebelum sepak mula apabila pasukan T-team gagal membayar RM4000.00 kepada KAFA pada masa yang telah ditetapkan. mengikut syarat yang ditetapkan pasukan T-team mesti dikenakan tindakan berat kerana melanggar syarat-syarat tersebut.


Tan Sri Annuar Musa Venue Terengganu TAK pindah dah sebab KB pun tak ready dan esok Jumaat, tak ada orang kerja pun. Ikut peraturan T Team mesti kena hukuman berat kerana kesalahan tak bayar fine pada masa ditetapkan; 48 jam sebelum game. THEY SHOULD NOT BE ALLOWED SCOT FREE. Tapi kalau salah macam ni pun masih dilepas jugak saya tak tahu nak kata la.

Walaupun begitu. perlawanan Bolasepak harini tetap berlangsung di Kuala terengganu (Stadium sultan Ismail Nasirudin Shah)  seperti yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Anuar Musa iaitu TImbalan Presiden FAM dan juga Presiden KAFA ( The Red Warriors.) .

Tan Sri Anuar Musa


Ada pihak yang tidak selesa dengan Tindakan Tan Sri ANuar Musa (TSAM) yang bersikap secara terbuka Mengutuk FAM. berikut adalah kenyataan TSAM di dalam Facebook beliau.

Tan Sri Annuar Musa Memang cara saya menguruskan bola tidak disenangi orang. Terutama cara saya yang terbuka d Facebook. Tapi saya fikir zaman ini zaman keterbukaan. Biarlah bolasepak jadi milik rakyat. Zaman bola dikendali secara elitist dah sepatutnya berlalu. SO MANY PEOPLE LOVE FOOTBALL BUT CONTROLLED BY SO FEW WHO GET SO MUCH BENEFIT.... It's about time we open up and lend our ears. Let the true warriors and fans speak up!
 Harimau Malaya tempang kerana FAM.


Dari tiga isu ini ternyatalah jelas lagi terang bahawa FAM tidak bersikap adil dan tidak professional .So anda berfikir laa dengan kebijaksaan otak anda sekalian menilai FAM yang sudah lama berkarat ini. mereka yang berada dalam FAM bukan kerana sayang bolasepak tetapi hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri.

note: B4ns akan menyokong Tan Sri ANuar MUsa dari belakang selama lamanya demi martabat Bolasepak negara. tanpa Tan Sri siapalah Malaysia dalam Bolasepak Dunia.

Source: theredwarriors.com
Source: Tan Sri Annuar Musa 
Source: http://www.wawanfaiz.com
Source: Oren Kecik





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Kes tembak di kelantan cuba diputarbelitkan.

View Comments
Sepertimana yang kita tahu semalam telah berlaku satu kejadian tragis di Tumpat Kelantan berpunca dari salah faham.

Pagi semalam anggota UPP telah mengejar sebuah kereta kancil yang dipercayai membawa beras seludup (beras siam).

Ketika dalam episod kejar-mengejar itu tiba-tiba kereta kancil tersebut berhenti dan anggota UPP bergegas turun menuju ke kenderaan yang dikejar tersebut. Mereka terkejut apabila melihat lelaki yang memandu kenderaan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih. Lelaki itu dikenali sebagai Sa'aid Bin Mat Hassan berusia 56 tahun.

Atas rasa tanggungjawab walaupun orang itu sedang dikejar mereka anggota UPP mengangkat dan membawanya ke Hospital Tumpat. Tiba di hospital anggota UPP terbabit diminta menunggu di bahagian luar bilik rawatan.

Sementara menunggu, mereka mengambil keputusan untuk pergi bersarapan di sebuah kedai berhampiran hospital.

Ketika mereka sedang bersarapan tiba-tiba datang dua tiga biji kenderaan yang dinaiki oleh beberapa lelaki cuba menyerang anggota UPP tersebut dan salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada mangsa.

Anak saudara mangsa mendakwa anggota-anggota UPP tersebut memukul bapa saudaranya sehingga meninggal dunia. Dalam keadaan kelam kabut itu tiga anggota UPP berjaya meloloskan diri. Hanya seorang yang tidak berjaya lari.

Yang seorang itu telah dikepung oleh kumpulan lelaki berkenaan dan untuk menyelamatkan diri , dia terpaksa melepaskan tembakan. Tembakan itu telah terkena anak saudara mangsa,Ahmad Nizamuddin 19 tahun.

Lalu lelaki yang terkena tembakan itu dikejarkan ke Hopital Tumpat yang berada berhampiran dengan tempat kekecohan itu. Oleh kerana keadaannya kritikal maka dia telah dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

Itu yang sebenar-benarnya terjadi semalam.

Sekarang ini khabar angin telah disebarkan di Kelantan kononnya anggota UPP telah memukul lelaki yang memandu kereta kancil itu hingga mati dan menembak anak saudara mangsa kerana dia adalah saksi yang melihat kejadian itu.

Cerita itu telah dipusing. Ada pihak-pihak yang cuba menangguk di air negeri Kelantan yang sememangnya keruh dan kuning sejak berpuluh tahun lalu. Mereka cuba hendak pusing cerita sepertimana mereka menuduh SPRM membunuh setiausaha politik haram, Teoh Beng Hock.

Yang sebenarnya...

Lelaki yang dikejar oleh anggota UPP berkenaan meninggal dunia kerana serangan jantung. Rekod penyakit jantungnya memang telah ada di hospital.

Bukan sesuatu yang pelik dalam kedaaan terkejut kerana dikejar oleh anggota UPP beliau boleh terkena serangan jantung kerana terkejut. Tambahan pula usianya sudah 56 tahun.

Nak salahkan anggota UPP pun tak boleh, mereka bukannya tahu arwah ada penyakit jantung. Lainlah kalau di bahagian belakang kenderaannya tercatat 'pemandu berpenyakit jantung'.

Perkara ini tidak akan timbul sekiranya arwah tidak cuba lari ketika dikejar oleh UPP. Berhenti dengan cara elok dan selesaikan dengan cara elok.

Bagaimana UPP hendak pukul mangsa kalau mangsa berada dalam kenderaan ? Kalau nak pukul mestilah kena tarik keluar dan pukul.

Jika benar seperti cerita yang disebarkan kononnya anak saudara mangsa yang ditembak nampak bapa saudaranya kena pukul, kenapa dia tak serang anggota UPP yang memukul pada waktu itu ?

Semua itu karut semata-mata. Cerita asal telah ditokok tambah demi kepentingan politik Pas. Mereka cuba nak jadikan sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Aminulrasyid.

Tindakan anggota UPP melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri sehingga terkena anak saudara mangsa bukannya satu kesalahan. Memang mereka diberikan senjata untuk mempertahankan diri. Kalau dia seorang diri telah dikepung dan dalam keadaan cemas begitu tak logiklah dia nak buka silat pula sedangkan pistol ada. Apatah lagi dia mempunyai kebenaran untuk menggunakan senjata api.

Lagi pun tindakan anak saudara mangsa yang baru berusia 19 tahun cuba menyerang seorang penjawat awam yang sedang dalam tugas adalah satu kesalahan. Dalam kes ini cerita telah diputar belit, orang yang bersalah digambarkan tidak bersalah dan orang yang menjalankan tugas digambarkan sebagai penjahat.

Jangan bimbang dan jangan patah semangat wahai anggota-anggota UPP, teruskan tugas anda sepertimana yang diamanahkan. Ramai lagi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang anda.

Copy from : RBF ONLINE
Source: RBF ONLINE


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Thursday, February 17, 2011

Fakta tentang Uranium yang digunakan untuk tenaga Nuklear.

View Comments
Uranium ialah salah satu unsur radioaktif yang memiliki tenaga yang sangat besar. tenaga itu dapat diperoleh dengan cara pembelahan nuklear. Pada proses pembelahan itu menghasilkan banyak tenaga haba yang dapat digunakan untuk berbagai keperluan. salah satunya ialah pembangunan elektrik tenaga nuklear.



Dalam pembangunan elektrik tenaga nukear, pada teras reaktor atom uranium ditembak dan dibelah dengan neutron, hingga terjadilah reaksi berantai yang dikendalikan oleh batang pengendali. Batang yang digerak-gerakan ini menyerap neutron. reaksi itu menghasilkan panas dan panas mengubah air menjadi wap untuk memutar turbin penjanaan elektrik.

Fakta Kekuatan Uranium?
1 gram Uranium = minyak 2.000 liter
1 gram Uranium = arang batu 3 ton
1 gram Uranium dapat menyalakan 23.000 TV selama 1 jam
1 gram Uranium dapat menggerakan kereta kecil untuk mengelilingi separuh dunia

Sangat mengerikan apabila uranium ini di jadikan senjata untuk tujuan kejahatan, pasti dunia ini akan kacau dan hancur.

sumber:wikipedia.org


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wednesday, February 16, 2011

Free Kaspersky Antivirus & Kaspersky Internet Security 2011 (6 Month key)

View Comments


Mereka yang berasal dari negara-negara Asia Tenggara mempunyai peluang untuk mendapatkan 6 bulan lesen Kaspersky untuk Kaspersky antivirus dan Kaspersky internet security secara percuma dalam tawaran promosi ini. 
 
AirAsia Magastore memberikan  lesen kaspersky percuma untuk para pengunjung dari negara-negara berikut.

  • Brunei
  • Cambodia
  • Indonesia
  • Laos
  • Malaysia
  • Myanmar
  • Philippines
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam

Bagaimana Cara Untuk mendapat lesen Kaspersky tersebut?

1. Pergi ke laman web [AirAsia Megastore.com]

2. Anda akan melihat sebuah halaman di mana anda perlu memasukkan nama anda, alamat e-mel dan nombor telefon. Memberikan butiran dan klik butang "Step.1 Redeem".

3. Gunakan lesen Kaspersky yang diterima di inbox e-mail untuk mengaktifkan dan menikmati antivirus kaspersky selama 6 bulan.

(perhatian: Anda mesti mempunyai Account AirAsia Megastore sebelum anda dapat melihat borang request lesen kaspersky seperti di bawah ini)


(Penting)
1. Lesen Kaspersky ini hanya boleh digunakan oleh pengguna yang belum menggunakan Antivirus Kaspersky 30 hari versi percubaan.
2. Jika anda pernah menghidupkan 30 hari versi percubaan sebelum ini, anda boleh memberi 6 bulan lesen Kaspersky ini kepada orang lain.
3. Sila memilih "Activate Commercial Version" pilihan dalam Antivirus Kaspersky Configuration Wizard untuk memasukkan lesen kaspersky ini.



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

FAM Macam Persatuan Bolasepak Kampung.

View Comments


FAM : PERSATUAN ANTI BOLA KELANTAN?

Siapakah dalang di sebalik perkara ini ? Siapakah yang ingin menjatuhkan era kegemilangan pasukan Kelantan FA ? Tidak sedarkah mereka bahawa Kelantan adalah penyumbang terbesar dalam kutipan tiket liga malaysia.Jika isu seperti ini berlaku sudah tentu kehadiran penyokong ke stadium berkurangan dan duit poket orang orang FAM juga sudah tentu terjejas.

1.kes sathia 3 bulan dipendam tiba2 seminggu nak final PIALA MSIA di hukum....kemudian d tangguh...dan pendam lg 3 bulan seminggu nak piala sumbangsih DIGANTUNG LAGI...

2.pegawai kafa kritik jadual di hadap jk disiplin,presiden pbns pertikai kenapa ns tak dpt main piala sumbangsih DI LEPASKAN
_____________________________________
1:penyokong klate bakar mercun/baling bas DIDENDA BERAT...penyokong perlis tembak mercun masuk pdg(ada dlm tv),Dan pecahkan cermin bas pemain klate...TIADA tindakan

2.PEMAIN KLATE BERTUMBUK KENA DENDA,PEMAIN SELANGOR TUMBUK BUDAK T TEAM TAK DI BICARA PUN.
_____________________________________
1.pegawai kritik FAM dlm media DIDENDA
TAPI PEMAIN(akmal)fitnah kafa tak bagi bonus dlm media tak di hukum..Dan farhan Dan indra fitnah kafa kononnya tak BERI kontrak di bebas

2.peg kafa buat kenyataan tak tepat di hadap jk disiplin tapi farhan buat statement kata dia pindah dah di lulus peg fam sdgkan itu tak BETUL tak pula Ada tindakan

_____________________________________
Benar kata Tan Sri Annuar Musa, FAM hanya suka mendenda pasukan Kelantan sahaja sedangkan banyak lagi penyokong pasukan lain yang buat hal seperti balingan batu bata oleh penyokong perlis di Stadium Kangar pada perlawanan piala malaysia tempohari yang hampir mengenai kepala penjaga garisan juga pesta mercun di Stadium Paroi yang menyaksikan Negeri Sembilan tewas 0-1 pada Johor FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2010.Adakah “mereka-mereka” ini didenda atau dihebohkan oleh pihak media ? SUDAH TENTUNYA TIDAK

Ini kerana FAM hanya nampak kesalahan KELANTAN sahaja.Usah bersikap prejudis yang boleh menyebabkan bola sepak Malaysia terus mundur.Baru menang Piala Sizuka umpama sudah menjuarai world cup.FAM BANGGA dan mungkin berkata “inilah hasil kerja kami selama ini, kami menjalankan tugas dengan baik dan kami mensasarkan Juara World Cup 2014 di brazil pula”.

Bangkitlah dari mimpi, Adillah dalam membuat keputusan wahai FAM yang sudah tidak relevan.

-di petik dari KelantanFA.com




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

View Comments
Salam.

B4ns ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada Umat Islam di Dunia ini. Semperna Kelahiran Nabi MUHAMMAD S.A.W. 1432H/ 2011M


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, February 11, 2011

Perhatian: Pengumuman AL-Hamra Red Warriors Academy (ARMY)

View Comments

Pengumuman dari Tan Sri Anuar Musa (TSAM)

Al Hamra Red Warriors Academy (ARMY) mula beroperasi bulan ini. Pada 23-26/02 Sathia dan group akan kendalikan kursus khas untuk kumpulan jurulatih. Sebahagian peserta akan dipilih menjadi tenaga jurulatih pioneer ARMY.

Pemilihan pelajar akan bermula 11 Mac. Perasmian ARMY di jangka Mei nanti setelah pelajar memulakan sesi di 6 pusat ARMY seluruh Kelantan. YANG BERMINAT SILA TAMPIL.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang soalan, sila hubungi KAFA, theredwarriors.com atau klik link untuk ke page rasmi TSAM.






JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wednesday, February 9, 2011

The Red Warriors CLub

View Comments

The red Warriors Club terbuka kepada semua peminat2 TRW dari dalam dan luar Negeri & Negara. Seorang rakyat Barcelona juga sudah menjadi peminat TRW.
click image untuk pembesaran

Kepada sesiapa yang berminat boleh laa Klik di sini untuk mendaftar atau Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Keahlian TRW ini Sila Klik di sini .

Iklan percuma Dari Bloggers TBL untuk TRW. :)




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, February 8, 2011

Hasrat ARMY menjadi akademi terbaik mUngkin tercapai sedikit masa lagi.

View Comments
Hasrat ARMY (Alhamra Red Warriors Academy) Iaitu akademi bolasepak di kelantan untuk menjadi akademi terbaik di malaysia mungkin akan tercapai sedikit masa lagi kerana ARMY mungkin akan bekerjasama dengan Cardiff City FC dan Croatian Football Academy bagi melahirkan pemain professional di malaysia dan Untuk (TRW)The Red Warriors.



dipetik dari Facebook Tan Sri Annuar Musa.



Peringkat permulaan 6 pusat ARMY telah dipilih Iaitu Bachok, Kuala Krai , Kota Bharu , Pasir Mas, Tanah Merah dan machang. Seramai 240 hingga 300 pemain di bawah umur 17 tahun akan dipilih untuk menyertai ARMY yang mana dijadual berlangsung pada Akhir bulan Februari Ini. Semoga Hasrat TSAM tercapai. Saya sebagai rakyat malaysia dan Penyokong TRW (The Red Warriors) Menyokong segala perancangan TSAM. Semoga berjaya, Insyallah.

The Red Warriors

GO MORE KELATE GO MORE!!
GOMO KELATE GOMO!!






JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.