Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri b4ns sendiri. terima kasih.



Friday, January 21, 2011

Penting : Sumbangan Anda diperlukan.

View Comments

Saya berharap semoga tidak ada rakan-rakan pembaca yang tersalah anggap kepada saya kerana saya kerap menulis tentang mangsa kebakaran seperti dalam gambar diatas.

Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mangsa dan tidak pernah mengenalinya. Saya hanya mengetahui nasibnya apabila membaca akhbar hari ini.

Perasaan simpati timbul dalam diri saya apabila melihat keadaannya, tambahan pula beliau seorang anak yatim piatu.

Lantas saya mengambil kesempatan ini untuk menolongnya melalui cara yang saya boleh tolong.

Petang tadi saya ke Hospital Klang bertemu dengan kakak mangsa bagi mendapatkan nombor akaun banknya bagi membolehkan para pembaca yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu.

Benar kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya betul-betul tak sampai hati melihat keadaan mangsa semasa melawatnya petang tadi. Dari rauk wajahnya boleh dilihat yang beliau berada dalam keadaan yang benar-benar sakit. Masyallah kawan-kawan sekalian, saya tak tahu nak tulis macam mana lagi nak gambarkan keadaan beliau.

Cuba anda semua bayangkan usianya baru 22 tahun, beliau telah menghadapi dugaan yang sebegitu dasyat. Beliau bukannya seorang remaja yang jenis mengarut, beliau seorang remaja yang baik.

Lihatlah masa kejadian menimpa beliau yang mana kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi ketika beliau sedang bekerja. Itu sudah cukup untuk menggambarkan peribadinya. Jam 9 pagi kebiasaannya bagi remaja-remaja yang mengarut masih lagi berlengkor di atas katil. Tetapi tidak bagi beliau kerana jam 9 pagi beliau telah bekerja bagi mencari rezeki sesen dua.

Oleh yang demikian sukalah saya ingin menyarankan agar rakan-rakan pembaca atau pemimpin-pemimpin yang berkemampuan, hulurlah sedikit sumbangan anda sekadar yang termampu kepada beliau.

Tak dapat Rm 100 bagi RM 50, tak dapat RM 50 bagi RM 20, tak dapat RM 20 bagi RM 10. Tak dapat juga nak bagi RM 10 bagi RM 5. Tak mampu juga nak bagi RM 5, tolonglah doakan agar beliau cepat sembuh dan panjang umur.

Kalau semua pakat-pakat tolong yang berat akan jadi ringan. Itulah adat kita hidup bermasyarakat. Hari ini hari orang, mungkin hari esok hari kita. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita pula. Allah maha kaya.

Apatah lagi orang yang kita tolong ini adalah anak yatim piatu. Besar ganjaran yang kita dapat kelak.

Saya tidak memaksa anda semua menderma untuknya. Semuanya terpulang kepada diri anda serta kemampuan anda. Saya hanya tukang sampai sahaja.

Kepada yang ingin menderma, di bawah ini adalah nombor akaun kakak mangsa.

NAMA : MARYUNI BINTI MISKON

BANK: CIMB

NO AKAUN : 1257 0000 203529

Untuk melihat gambar-gambar kecederaan yang dialami mangsa sila klik di sini

Kepada sesiapa yang ingin melawat mangsa, sila ke Wad 5B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Tetapi itu untuk hari ini, saya jangkakan kemungkinan besar beliau akan dipindahkan ke wad lain selepas keluar dari Dewan Bedah.

Tak payah susah dan pening kepala. Sistem rekod dan data hospital-hospital di negara kita memang mantap. Semuanya hasil usaha kecekapan pemerintahan BN. Hi hi hi , jangan marah ya,iklan sikit.

Anda tiba sahaja di Hospital Klang, tuju ke kaunter pendaftaran masuk wad, atau kaunter pertanyaan dan tanya nama Mohamad Haruman Bin Miskon, pasti kakitangan di sana boleh beritahu anda sekelip mata sahaja di wad mana beliau berada.

Waktu melawat HTAR Klang adalah pada jam 12.30 tgh - 2 petang dan jam 5 ptg - 7 ptg. Hari biasa, hari cuti umum, hari ahad atau pada hari lahir rbf sekali pun waktu melawatnya sama sahaja.

Sekian dahulu, setakat itu sahaja maklumat yang saya boleh beri setakat ini untuk pengetahuan, makluman dan kemudahan anda semua.

Source/Copy From : RBF Online.




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wednesday, January 19, 2011

Halia Hutan/Lempoyang boleh rawat Kanser Servik

View Comments

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui teknologi perubatan baru bagi merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) dengan menggunakan herba semula jadi yang dikenali sebagai lempoyang atau halia hutan.
Penyelidiknya, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata penemuan membuktikan bahan itu sesuai digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks dengan selamat apabila penggunaannya hanya mematikan sel tidak normal saja.

Katanya, walaupun menggunakan dos yang tinggi ia tidak membahayakan pesakit kerana ia tidak memberi kesan kepada tisu normal manusia.
“Penggunaan Z2 ini juga mengurangkan pelbagai komplikasi yang timbul pada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.

“Kami menjalankan kajian ke atas manusia serta model haiwan berpenyakit kanser serviks di makmal bagi kajian aktiviti anti- kanser terutama terhadap pangkal rahim,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM, di Institut Biosains, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Madya Dr Samsilah Roslan.

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui teknologi perubatan baru bagi merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) dengan menggunakan herba semula jadi yang dikenali sebagai lempoyang atau halia hutan.
Penyelidiknya, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata penemuan membuktikan bahan itu sesuai digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks dengan selamat apabila penggunaannya hanya mematikan sel tidak normal saja.

Katanya, walaupun menggunakan dos yang tinggi ia tidak membahayakan pesakit kerana ia tidak memberi kesan kepada tisu normal manusia.
“Penggunaan Z2 ini juga mengurangkan pelbagai komplikasi yang timbul pada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.

“Kami menjalankan kajian ke atas manusia serta model haiwan berpenyakit kanser serviks di makmal bagi kajian aktiviti anti- kanser terutama terhadap pangkal rahim,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM, di Institut Biosains, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Madya Dr Samsilah Roslan.

Dr Ahmad Bustamam berkata, menerusi penemuan teknologi bahan semulajadi itu, kos rawatan pesakit kanser ini berkurangan berbanding penggunaan ubatan berasaskan bahan bukan semula jadi termasuk yang diimport yang menelan belanja tinggi.

“Bahan ini menjalani ujian praklinikal haiwan di makmal yang membuktikan ia mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat serta berupaya membunuh sel kanser sama seperti ubatan anti- kanser komersial lain. “Bahan semula jadi ini amat stabil sehingga enam bulan dalam larutan air pada suhu bilik dan mampu dikomersialkan sebagai Douches and Suppositori,” katanya yang memulakan kajian pada 2002 bersama lima penyelidik lain di universiti berkenaan.

Source : Metro
Source : UPM
Picture Source: Badang Perkasa



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, January 18, 2011

Sing Tel VS Unifi VS Streamyx.

View Comments
click image di atas untuk membesarkannya.
Dari gambar di atas. boleh kita compare yang Internet Di malaysia masih lagi tidak maju. Kalau beginilah keadaannya negara kita MAlaysia tidak akan menjadi Negara Maju Menjelang 2020.

B4ns disini bukan berdebat mengenai kelajuan internet ketiga-tiga pembekal internet dari negara berbeza, tetapi b4ns disini tidak berpuas hati dengan harga yang pembekal internet di malaysia caj kepada pengguna.

Sedangkan di singapore Harga mereka lebih murah dari Malaysia. DEngan membayar RM 154.03 di singapore kita boleh mendapat speed 50Mbps manakala di malaysia dengan membayar RM 149.00 Untuk UNIFI  speed 5Mbps dan RM140.00 Untuk pakej Streamyx Blokcbuster deal speed 4Mbps. Jika ditolak tolak.. 50Mbps - 5 Mbps = 45Mbps beza speed antara Unifi dan Sing Tel (SIngapore)

RM 154.03 dibahagi kepada 50 Mbps = RM 3.08 untuk speed 1Mbps

Jika RM 3.08 di darab dengan 5 Mbps = RM 15.40

so sepatutnya Pakej 5Mbps hanyalah RM 15.40 di malaysia.

So apa sebabnya harga caj Internet di malaysia Terlampau Mahal?

Sikit lagi klau malaysia dah ada 50Mbps harga mungkin beribu-ribu ringgit malaysia.

Moga Pihak kerajaan ,SKMM dan pihak TM mengkaji perkara ini.

Maju Malaysia Maju. Rakyat Maju Negara Maju. Jangan Membebankan rakyat, kelak ramai yang tidak menyokong kita jika perkara begini berterusan .


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Monday, January 17, 2011

The Black Lens Ovi Store

View Comments




Assalamualaikum. The Black Lens secara rasminya mengumumkan perisian The Black Lens.

Anda boleh mendownload aplikasi ini dari Ovi Store Secara Percuma.

Perisian ini sesuai untuk pelbagai jenis Nokia Smartphone yang menggunakan enjin Symbian^1 / S60 5th Edition seperti Nokia 5800, N97, 5230 dan X6.




Aplikasi ini membolehkan anda membaca artikel-artikel ,menonton video, dan Gambar yang ada di dalam The Black Lens.

Buat masa sekarang Aplikasi ini hanya diedarkan ke 3 buah negara iaitu Malaysia, brunei dan Indonesia.

Anda Boleh mendownload dengan menklik gambar di bawah ni.



terima kasih.




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Monday, January 3, 2011

Manchester United Lamar Khairul Fahmi?

View Comments

"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.

KOTA BHARU - Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.
Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.
Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.
Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.
Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan.
Kecemerlangan dan ketenangan Kahairul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut.
Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang penjaga gol terbaik yang pernah dilahirkan.
"Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan penjaga gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda).
"Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini," katanya.
Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut.
Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.
Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut.
Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.
"Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,'' katanya.
Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.

source:
utusan malaysia
http://man-united.co.nr/





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Adakah kerajaan negeri Kelantan akan membantu pihak KAFA?

View Comments
Adakah kerajaan negeri Kelantan akan membantu pihak KAFA membangunkan sukan bola sepak? Jika kerajaan amat bijak dalam pentadbiran, sudah tentu mereka akan membantu pihak KAFA kerana. Banyak pulangan yang akan diperolehi oleh kerajaan Negeri Kelantan Jika Pasukan The Red Warriors menjadi satu2nya persatuan bolasepak yang mempunyai anak syarikat kelak. Kerana Ini akan menaikkan ekonomi kerajaan negeri kelantan melalui bidang perniagaan dan lain-lain. Jangan POLITIKKAN BOLASEPAK. kerana ini akan merugikan Pihak Kerajaan negeri kelantan dan juga TRW. Sebagai Rakyat kelantan, aku merasa terkilan jika kerajaan negeri kelantan tidak memberi bantuan. Ini kerana. Melalui sukan gejala-gejala tidak sihat mungkin dapat dikurangkan. AMBO NOK TENGOK KERAJAAN NEGERI NI BIJOK KO DOK. :)

Sanggup UNdur?

SELEPAS mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu, harapan peminat untuk melihat pasukan Kelantan terus gah mungkin berkecai apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dipercayai menanggung beban kewangan besar.
Berikutan itu, Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (gambar) yang berjaya membina pasukan terbabit sehingga mencapai kejayaan, sanggup melepaskan jawatannya sekiranya semua pihak termasuk kerajaan Pas Kelantan sanggup memberikan peruntukan untuk menguruskan Kafa.

Menerusi status terbaru lama sosial facebook beliau, Annuar menegaskan tindakan meletak jawatan itu sanggup dilakukan kerana tidak mahu melihat pasukan berkenaan yang dibina dengan cemerlang ‘mati di tengah jalan’.
“Bantulah TRW... (The Reds Warriors) kalau syarat sumbangan negeri adalah saya mengundur diri, saya sedia melakukannya asal jangan bola sepak Kelantan yang saya bina mati di tengah jalan,” katanya.

Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hasil kejayaan itu, kerajaan negeri menghadiahkan sebanyak RM200,000 kepada pasukan Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kali ke bumi Cik Siti Wan Kembang.

Sementara itu, Annuar turut menyatakan bagaimana beberapa pasukan lain mendapat sumbangan sehingga RM6 juta daripada kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan kejayaan dapat dikecapi.

Katanya, Kafa tidak memerlukan wang sehingga RM4 atau RM6 juta seperti diterima pasukan lain, sebaliknya jumlah diperlukan hanyalah sekitar RM2 juta.
“Kafa sudah memohon kepada MB (Menteri Besar), Perbadanan MB dan SEDC untuk bantu TRW dari keperluan RM4 hingga RM5 juta, saya cuma pohon RM2 juta saja...selebihnya Kafa usaha sendiri,” katanya.






JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.