Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Friday, December 10, 2010

Hakim Mahkamah Syariah Ditangkap Khalwat.

Hakim mahkamah syariah yang menentukan hukuman kepada pesalah khalwat pun berkhalwat, apa nak jadi. Hakim macam ni adalah hakim yang mencari duit je. Hakim ini patut diberi hukuman yang berat kerana dia adalah diangap insan yang adil dan saksama. Jika pesalah dari golongan orang awam diberi hukuman berat. Inikan pula hakim..Perkara ini telah memalukan Mahkamah Syariah. Jangan disebabkan dia hakim maka kita buat2 tidak tau. sekian.




GEORGETOWN: Polis mengesahkan tangkapan khalwat membabitkan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub berkata, pihaknya menerima laporan tangkapan dibuat pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) pada hari kejadian, namun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan itu.
Beliau berkata, kes itu di bawah bidang kuasa Jaipp dan menyerahkan kepada jabatan itu manjalankan siasatan.
Sementara itu, sumber Jaipp turut mengesahkan penangkapan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah kuarters kerajaan dekat sini.
Sumber itu berkata, hakim berusia 40-an itu ditahan bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi dan kedua-dua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan Jaipp selama seminggu
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai ugutan dilakukan tertuduh terhadap pegawai penguat kuasa agama yang melakukan tangkapan itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 kerana kesalahan berkhalwat.



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.