Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri b4ns sendiri. terima kasih.



Monday, November 29, 2010

Malaysia Airlines in Transformers revenge of the fallen

View Comments


Maybe orang dah tau atau mungkin tak yang dalam transformers revenge of the fallen terdapat syarikat penerbangan malaysia.. iaitu Malaysia Airlines (MAS). Kapal terbang Malaysia airlines jadi robot ke? hahaha..

bukan jadi robot sebenarnya tetapi banner atau papan iklan mereka termasuk di dalam cerita transformers revenge of the fallen. Macam mana boleh sesat pun b4ns tak tau. Just teruja bila tengok benda macam ni. maybe dah ada orang yang perasan atau tak perasan dengan perkara ni.



sila lihat video ni.:

untuk video yang lebih jelas sila nonton video ni di dalam youtube HD







ok itu saje. nak tgk revenge of the fallen plak.. salam.


 iklan kat bawah ni cantik. click kalau nak tengok.




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, November 28, 2010

sepi keseorangan di dalam dunia maya

View Comments
Salam. sedih juga bila melihat orang laen di dalam dunia maya ni ramai kawan. maybe aku tak sesuai berada di dunia maya ni. Lagipun tak ramai member2 b4ns yang suka berblog. laenlaa jika b4ns berblog time belajar kat MMU dahulu. confirm ramai kawan maya dan kawan realiti. Lagipun b4ns pun tak berapa rajin nak HUPDATE BLOG.. ntah laaa maybe b4ns tidak menghadapi sebarang masalah untuk diceritakan di dalam dunia Maya ni.

Dunia maya ni bergantung kepada kualiti post yang kita buat.. maybe orang membaca apa yang b4ns post. tapi kawan di dalam dunia ni macam terhad. maybe sebab b4ns ni tak famous. hehe. Lagipun b4ns bukannya dilahirkan sebagai seorang penulis. Semua penulisan b4ns hanya berdasarkan kata hati, perasaan dan info2 berguna sebagai rujukan untuk diri b4ns pada masa hadapan.tak perlu da b4ns cari di tempat laen. dalam blog sendiri dah ada.

b4ns tidak laa terlalu active dalam dunia blogging ni..maybe sebab b4ns tidak ada banyak masa yang free dan ketandusan idea untuk membuat posting. Tak berapa kreatif dalam bab penulisan ni. sape2 yang pandai ajar laa b4ns. b4ns akan hargainya. :). b4ns nak jadi famous ke? oh! tidak . b4ns kalau nak jadi famous dah lama b4ns masuk join blogger2 politik. blogger politik ni tiap2 hari masuk paper dek kerana kontroversi dan isu panas yang mereka tulis. contoh blog pakcik b4ns Ruangbicarafaisal (RBF). Mesti ada nama blog beliau di dalam newspaper. tapi ada bahaya bila melibatkan politik. boleh kena saman dan macam2 lagi. kalau artikel yang kita tulis tu salah.

CUkup laaa dengan kekasih hati b4ns dan family2 b4ns sebagai peneman dalam dunia realiti ini. cuma jelous nya ada laaa dengan blogger2 yang ramai kenalan.tapi tidak laa berdendam untuk menghancurkan mereka. jeles sebagai motivasi kepada diri b4ns sahaja untuk menjadi lebih baik. salam..





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

lama dengan baru.

View Comments
I love

Just nak cerita barang kesayangan b4ns ni. b4ns start mengenal barang ni semasa sekolah rendah darjah 3, tu pun kenal barang ni melalui kawan b4ns. Di rumah kawan b4ns time tu ada barang ni. just dirumah dia saje. sebab dia orang berada laa sikit. Selepas lama menumpang barang kawan b4ns, b4ns menjadi semakin minat dengan barang tersebut. Barang yang b4ns maksudkan ialah PC,LAPTOP @ COMPUTER. hehe. time tu b4ns tau maen game je kat rumah member. Kalau boleh tiap2 hari nak pegi lepak main di rumah kawan b4ns tu. lama kemudian b4ns pun masuk sekolah menengah dan duduk di hostel. so tak dapat laa b4ns nak menumpang.

Selepas habis belajar di sekolah menengah keluarga b4ns pun apply untuk b4ns masuk Ke Multimedia University (MMU) ayer keroh melaka. Pada masa dan waktu inilah b4ns dihadiahkan sebiji laptop ACer Travelmate oleh ayah kesayangan b4ns :). Harga laptop pada time tu (2004) ialah RM 4900.00 . Cukup mahal untuk sebiji laptop time tu. So start dari situ laa b4ns cuba memahami Laptop kesayangan b4ns. tetapi malang bagi b4ns kerana hanya memahaminya dengan kegunaan untuk membuat Assingment iaitu guna Microsoft OFfice ,bermain game ,menonton movie dan mendengar lagu.
Game DOTA

Selepas setahun, sejarah baru pun bermula bagi pengguna baru macam b4ns. Laptop b4ns dimasuki virus dan perlu diformat. tetapi b4ns tidak tau macam mana nak format. sehinggalah seorang kawan b4ns yang memang da pandai format memformat pc dan laptop ni mengajar b4ns. dari situlah sejarah pertama b4ns mendalami sejenis barang yang penting di dunia pada masa sekarang ni. Setelah pandai format laptop sendiri b4ns pun jadi addicted.. kena je virus skit terus format.. ada je error skit kat laptop b4ns. b4ns akan format laptop b4ns. sehingga pada satu bulan tu b4ns format laptop b4ns sebanyak 12 kali.. b4ns pulak tak tau yang format ni akan buat Hard Disk (HDD) jadi senget.. Sedang asyik dok maen game, tetiba Blue screen keluar kat screen laptop b4ns. mulalah jadi confuse. try tutup then bukak balik tapi still blue screen yang kuar.. Apabila di tanya pada kawan b4ns. rupanya HDD tu dah crash dan tak boleh nak guna da.  Apalagi hantar laa laptop b4ns balik kelantan. ayah b4ns pun belilah HDD baru. hohoho.. lepastu b4ns da serik dan mmg tak format da laptop tu. install antivirus dan segala security..tu cerita sekitar tahun 2004 - 2007. Kalau korang tau game DOTA. b4ns start maen game dota pada tahun 2004. 1st time tengok game tu, b4ns kutuk member b4ns, ko maen game bodoh ape laa tuh.. lepastu dia suruh try maen. bila da try terus addicted sampai skang. dulu start maen lawan dengan LI je *LI -Hero yang dikawal Computer. dah pandai semua Start lawan member guna LAN dan selepas itu melarat pulak dengan berlawan dengan budak-budak kat CC, memang diorang pro. maen je kalah.. salah satu player yang b4ns pernah lawan ialah Apple Rosak. Dia pernah maen untuk WCG (world Cyber game). wakil malaysia tak silap b4ns.. memang dia ni pro. Lepas tu b4ns start maen dota Online.. 1st server yang b4ns maen ialah Blueserver. lepas blueserver ditutup b4ns pon maen game ni Online kat Garena.
PC lama b4ns.

Ni nak cerita sekitar tahun 2007 - 2010 iaitu sekarang. Lepas lama mengguna Laptop. b4ns pun tukar selera. laptop b4ns hantar kat rumah. b4ns pun beli PC. 1st PC b4ns tu guna AMD athlon X2. harga pada tahun 2007 untuk spec ni sekitar RM2400 dan ke atas. masa ni harga PC da murah sikit.. b4ns beli yang custom made punya. sebab member b4ns pandai pasang. SO b4ns ambik kesempatan laa belajar pasang PC. dengan sendirinya b4ns dah pandai pasang PC sendiri sekarang. So b4ns pakai PC ni selama 2 tahun. Lepas tu b4ns dah stop study kat MMU b4ns pun menetap kat shah alam. Lepas tu b4ns dipanggil balik oleh family b4ns untuk balik study di negeri kelahiran. time tu ex b4ns nak beli PC b4ns tu. b4ns pon hantar laa balik PC ke shah alam bagi kat EX b4ns. last2 kami break dan dia tidak kotakan janji untuk membayar PC b4ns tu. hehe. apa lagi, panas jugak laa b4ns dibuat olehnya. tapi nak buat macam mane takde rezeki.. jumpa orang macam tu. maybe dia berdendam dengan b4ns kot. Disebabkan PC tu b4ns nak jual. b4ns beli laa laptop baru.. Acer Aspire. dengan harapan dapat duit jual PC tu leh guna untuk cover balik laptop tu tapi, harapan hanya jadi harapan. oleh kerana seorang perempuan yang hanya pandai bermain kata-kata,. Family b4ns pun cakap sesuatu kat b4ns (tapi tu rahsia.) memang kami bergaduh besar, sampai family masuk campur. tapi gaduh ni bukan disebabkan oleh PC tu je. itu hanya sambilan.
PC yang b4ns pkai sekarang.

takpelah , dah nasib badan. nasib baik dah ada cover. lepas dua tahun guna laptop tu. b4ns pon beralih kepada PC plak.. spec pc ni lagi ok laa dari dulu.. pkai AMD Phenom X6.. b4ns memang setia dengan AMD ni. Sebab b4ns klau guna Intel. macam tak berpuas hati je.. Sesetengah orang sahaja yang tau kehebatan AMD ni.. Klau orang yang baru-baru nak bergiat dengan PC ni memang diorang akan cakap Intel laa yang terbaik. Ini kerana Intel adalah Company yang famous ..Bagi b4ns AMD jugalah yang terbaik. cuma diorang adalah company yang low profile.


Intel VS AMD
faq tentang AMD: Processor AMD terkenal dengan Overheat (Panas melampau iaitu pada zaman datuk nenek b4ns) tetapi zaman sekarang.Processor AMD tidak lagi panas. tetapi sudah melangkaui zaman. iaitu mempunyai 6 core. High Graphic game sekarang hanya Guna 4 Core dari Processor.

Kelakar: Pengguna Intel pada Zaman ini iaitu tahun 2010 masih di zaman dahulu, dimana still di kepala mereka Processor AMD panas. Zaman dah berubah, sila celik mata luas2.

Sekarang kalau ada pape error atau masalah dengan PC atau laptop semua itu senang da.. kerana banyak rujukan dalam internet. Just bukak Google search sahaja. Nak kata b4ns ni pandai dalam bak2 PC dan laptop ni xdelah. sebab banyak ilmu yang b4ns ada adalah hasil dari search kat Google. so senang laa sekarang. Sekian untuk penulisan harini. penat da nak tulis panjang2.. nati korang pun berbelit lidah nak baca artikel ni.. terima kasih kerana membaca..

Google Search.





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Thursday, November 25, 2010

Sombong dan Bongkak

View Comments


Manusia ini telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan pelbagai rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, cerdik, sihat, sempurna sifat, bangsawan dan sebagainya. Setiap manusia ini ada kelebihan dan kekurangannya. Akan tetapi kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT bukanlah lesen untuk berlagak sombong dan bongkak serta takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.
Bagi yang beragama islam. Kita diwajibkan untuk mempercayai hari akhirat, hari dimana segala amal baik dan buruk kita akan dihitung. Kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Persoalannya adakah segala nikmat yang diberikan itu digunakan untuk menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada Allah SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan Allah SWT tersebut?
Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai satu ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah juga akan turut musnah.
Berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian Allah SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap sombong dan bongkak yang ditegah oleh Islam.
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, “DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)


Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata. Kita perlu sedar, kehidupan ini ibarat roda yang berputar. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Perlu diingat kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan.
Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam. Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan Allah SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wednesday, November 24, 2010

Optimizing C++

View Comments


Optimizing C++




Global Media | 2009 | ISBN: 9380168489 | 84 pages | PDF | 11 MB


The main reason to choose C++ as the software implementation language, instead of simpler or higher-level languages, is the fact that this language allows to build complex software that is more efficient than that built using other programming languages. Please note that this language does not guarantee automatically to build efficient software, but it only allows it. Actually, when the same program is written sloppily in C++ and in higherlevel languages, typically the C++ version is just as efficient as the one developed in other languages.

Though, a good C++ programmer, by following guide-lines learned from
expert programmers, from its own experience, or from this book, is able, in
the first place, to write software that is already rather efficient since the first
cut, and then to optimize the resulting program, that is to improve
substantially the performance of the program by replacing some language
features with equivalent but faster features. Such optimization requires, first,
that the software source is written in a sufficiently modular way, to isolate
the performance critical parts, and then to use tools, libraries, knowledge,
and time, to change those parts in a way to increase the speed of the
resulting software.
Nowadays, many optimizing replacements are already performed by
compilers, and then they are no more programmers' burden. Though, present
compilers are not able to perform many other optimizations. This book
explains just such optimizations that can be performed by the programmers
but not by all present compilers.
This book is for persons that already know how to use the C++ language,
and that want to use it to develop high quality application software or
software libraries.
Almost all the optimization techniques presented are platform independent,
and therefore there will be few references to specific operating systems,
processor architectures, or compilers. Though, some of the presented
techniques come out to be ineffective or not applicable in some
combinations of operating system/processor/compiler.


Download: http://hotfile.com






JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wedding Photographer's Handbook

View Comments


Successful wedding photographers have to master all different types of coverage, perform under pressure, and work in an extremely limited time frame. Every step of the process is examined in-depth in this manual written for professionals by a professional—from selecting equipment, attracting clients, and framing shots, to the final creation of the wedding album and the revolutionary changes made possible by digital photography. All of the events of a wedding ceremony and reception are covered, with handy advice on getting the best shot for each one.

Link - http://www.fileserve.com




JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Pendrive 32Gb "Hati-hati"

View Comments
Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

copy from- Buaya merah





JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, November 23, 2010

Qatar 2022's First Five Stadiums! World cup bid..

View Comments
Qatar sudah membida untuk Menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 dengan mencadangkan 5 design Stadium yang canggih dan mengikut konsep yang diambil mengikut alam sekitar  yang ada di Qatar... 5 stadium tersebut adalah Al-Wakrah, Al-Shamal, Al-Gharafa, Al-Khor and Al-Rayyan.

Al-Shamal
Stadium ini akan dibina berdasarkan konsep Kapal tradisional diorang yang mereka panggil "DHOW".

Al-Khor
Stadium ini akan dibina berdasarkan konsep Kerang . Bentuk stadium ini benar-benar mengikut konsep kerang.


Al-Gharafa
Stadium ini akan dibina Seperti stadium yang biasa.. tetapi fasad stadium ini bertemakan warna2 bendera yang ada di dunia yang dilambangkan sebagai reben persahabatan.


Al-Wakrah
Stadium ini akan dibina berdasarkan Konsep bongol seekor unta. Stadium ini dilengkapi shopping complex, pejabat, restoran dan stadium akuatik (bonggol unta digunakan sebagai tempat menyimpan air)

Al-Rayyan
Stadium inin juga hampir menyerupai stadium AL-Ghafara tetapi berbeza fasadnya. yang menarik tentang stadium ini ialah fasadnya dimana Screen gergasi dibina mengelilingi stadium ini..420,000 Kaki panjang screen gergasi ini dibina bagi mewakili fasad stadium ini.



Sekian.


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, November 19, 2010

Blog ni kena attack ke?

View Comments



Blog b4ns ni dah jadi lembab semacam dah.. macam ada something yang tak kena. nampaknya kena buat balik laa ni. ada ke antivirus untuk blog? hakhak.


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wednesday, November 17, 2010

Surf Iklan Dan Dapat Duit Dalam Nilai Dollar USD [100% Trusted] FREE

View Comments


Surf Iklan Dan Dapat Duit Dalam Nilai Dollar USD [100% Trusted] FREE
BOLEH TRANSFER KE PAYPAL BILA DUIT DA CUKUP 2$Dollar Sahaja. tak perlu tunggu $50, $100 $1000 $2000 Atc,,
semua dan ape khabar..b4ns kat sini nak perkenalkan satu sistem PayPerClick yang terbaik yang pernah digunakan oleh user SYOK.ORG iaitu ahpek .Ahpek tu masuk dan dibayar on the spot..Klik je claim duit terus duit masuk ke akaun PayPal kita..Bukan macam sesetengah company, lambat bayar..Ahpek tu saja nak test sistem nieh tapi terbukti berkesan..Member ahpek dah dibayar 10 kali..Follow step dibawah dahulu kepada sesiapa yang tiada PayPal..

- Masuk sini ntuk Register PayPal -http://www.paypal.com/

- Tutorial ntuk Daftar PayPal -http://goo.gl/1oBYw

- Tutorial ntuk Linkan Kad Debit kita ke PayPal Part 1 -http://goo.gl/0QjWo

- Tutorial ntuk Linkan Kad Debit kita ke PayPal Part 2 -http://goo.gl/lRzyw

- Pastu tekan banner bawah nieh ntuk daftar site buat duit -


Company dari onbux.Ltd

Cara2 Tekan Iklan Di ONBUX :


- Bukti duit dari PayPal yang ahpek dapat pada 16hb November -



P/S AhPek : Nieh 1st payment yang ahpek dapat..Ahpek akan update ntuk second payment plak.Kepada sesiapa yang ada soalan, leh tanya kat sini kay..Ahpek harap ahpek dapat membantu user2 syok ntuk buat sedikit duit..Ahpek suka tolong user2 syok..






-[Klik Diatas Ntuk Buat Duit Ngan ahPEKMC !!]-



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, November 14, 2010

Video 3 pemain Malaysia Kena Kad Merah. MALAYSIA VS CHINA

View Comments


Malaysia kalah lawan dengan china dalam sukan bolasepak di Sukan Asia Guangzhou disebabkan pengadil yang sangat berat sebelah kepada tuan rumah(China).HAL ini menyebabkan Malaysia Kalah dengan teruk dengan pengadil yang berat sebelah. 2 kad merah dilayangkan pada pasukan malaysia pada minit ke 25 dan 1 kad merah dilayangkan pada minit-minit akhir."Thank to referee"

FIFA Kena siasat pengadil Australia yang benggong ni. Nama pengadil beruk tu ialah Benjamin Jon Williams a.k.a wiliams dari australia.. Kena Rasuah dengan CHINA beruk ni.. Leh lak pengadil beruk tu senyum.. suka..

You all can see these video and judge it by YOURSELF

Kad Merah 1 (Jasuli)

Kad Merah 2 (Safiq Rahim)

Kad Merah 3 (Kunanlan)



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Wednesday, November 10, 2010

HAK pengguna untuk mendapat ganti rugi

View Comments


DEFINISI

Hak mendapatkan ganti rugi pula melayakkan pengguna mendapat pampasan yang adil dan berpatutan berikutan barangan atau perkhidmatan yang dibeli didapati tidak seperti yang dijanjikan, cacat atau tidak berfungsi.

Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi. HAK MEDAPAT GANTIRUGI

Pernahkah tak kita berasa tertipu atau mendapat barangan yang tidak sepadan dengan harga yang dibayar? Jika ya, gunakan hak anda untuk mendapat ganti rugi. Iaitu hak mendapatkan penyelesaian tuntutan. Ia melibatkan hak untuk menerima pampasanan bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak bermutu.

Para pengguna tidak perlu berasa risau atau teragak-agak untuk bertindak apabila berasa barangan yang diperolehi tidak bermutu. Ini kerana terdapat banyak undang-undang yang berkaitan dengan hak mendapatkan ganti rugi.
Antaranya ialah:


i. Akta jualan barangan 1977
ii. Akta Undang-undang Sivil
iii. Akta perihal dagangan, 1972
iv. Akta Perlindungan pengguna, 1999,Akta Kontrak 1950.

Bagaimanakah anda boleh ketengahkan tuntutan untuk mendapat gantirugi?

i. Tindakan diri sendiri.
ii. Aduan kepada pihak berkuasa

i. Tindakan diri sendiri:

Kempen Konsumer Kebangsaan: Perubahan Bermula Dengan Saya.
Sesuai dengan Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012.Eloklah jika ada sebarang ketidakpuasan tentang hak anda sebagai pengguna, mulakan dengan tindakan diri sendiri.

Contohnya anda boleh berhenti menggunakan barangan berkanaan yang tidak bermutu. Selain dari itu anda boleh mengemukan aduan segera kepada pekedai tempat anda membeli barangan. Anda juga boleh menghantar balik barangan yang dibeli. Bawa resit atau sebarang bukti pembelian untuk melancarkan proses tuntutan dengan segera. Anda juga perlu bertenang menghadapi masalah barangan yang dibeli tidak menepati piawaian pengguna secara rundingan dengan pihak pengurus atau pemilik kedai.

ii. Aduan kepada pihak berkuasa

Anda boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa melalui secara bertulis atau melalui melalui telefon. Pastikan anda sertakan maklumat penting seperti tarikh kejadian, jenis barang, lokasi kedai, nombot resit dan sebagainya bagi memastikan aduan anda berkesan dan anda mendapat semula hak anda yang sewajarnya.



Anda boleh membuat aduan kepada persatuan-persatuan pengguna yang terdekat dengan anda atau mana-mana cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Anda juga boleh menggunakan alternative yang bebih serius melalui saluran Tribunal Tuntutan Pengguna, jika nilai tuntutan anda tidak melebihi RM25000.00.
Apa yang penting, kita sebagai pengguna mesti mempunyai kesedaran tentang hak-hak kita dan juga bertindak secara profesional agar semua pihak mendapat faedah secara relatifnya berkaitan isu kepenggunaan. Untuk itu, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan yang membolehkan pengguna yang mengalami kerugian membuat tuntutan ganti rugi. Penyelesaian akan cuba dilakukan dalam tempoh 60 hari dan had nilai yang boleh dirujuk ialah tidak melebihi RM25,000 manakala belanja perbicaraan dalam tribunal adalah percuma.

Setiap pengguna wajar merebut peluang menggunakan khidmat tribunal ini apabila dirundung masalah mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan sama ada daripada pihak swasta mahupun kerajaan.

so boleh ke b4ns menggunakan undang2 ini untuk mendapatkan perintah undang2 kepada seller di dalam lelong yang telah menghantar barang yang salah? 


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Tuesday, November 9, 2010

Adakah Selamat membeli barang di http://www.lelong.com.my?

View Comments



Salam.

Seperti yang kita tau. lelong ni famous sebagai tempat untuk bid atau beli barang secara online. tetapi adakah ianya selamat dan juga adakah privacy customer dilindungi?

Mengikut pengalaman yang pernah b4ns lalui. Macam-macam karenah seller di dalam web lelong ni. Antaranya. barang yang dihantar tidak sama dengan barang yang kita bid. bila b4ns hantar e-mail untuk exchage barang kepada yang betul punya.. seller dalam lelong tidak respon balik dengan e-mail b4ns. so tak dapat laa b4ns nak tukar barang yang silap tu..

Satu lagi kejadian adalah b4ns pernah diugut oleh seller di dalam lelong.com.my kerana b4ns menghantar report direct kepada admin lelong mengadu tentang masalah ini. Selepas menghantar e-mail tersebut.. seller tersebut call b4ns dengan perasaan tidak puas hati dan mengugut  akan menghantar orang datang mencari b4ns. Seller tersebut memberitahu bahawa dia tau alamat rumah b4ns dan memberi amaran supaya tidak mencari masalah dengan dia(seller). Selepas kejadian tersebut b4ns sudah tau bahawa di dalam lelong.com.my macam2 perkara boleh menimpa. nyawa family b4ns juga boleh berada di dalam bahaya . kerana seller di dalam lelong semuanya bukan profesional dan mereka kebanyakan tidak mengutamakan prinsip (customer always right)  dan ada juga yang tunjuk mereka adalah gangster..

So fikir dulu sebelum menyertai web lelong.com.my. Sekarang b4ns yang kena , maybe next time kamu yang kena. Niat b4ns bukan nak mengutuk lelong. tetapi perkara ini adalah berkaitan dengan seller yang ada di dalam lelong.com.my.

So sesiapa yang tau mengenai akta undang2 online mengenai penipuan yang dilakukan oleh penjual. silalah pastekan kat komen. sebab b4ns nak report pada SKMM bila mempunyai bukti yang kuat.

thanks..


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.