Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri saya sendiri. terima kasih.

Monday, October 25, 2010

Presiden FAM sila Letak Jawatan!!~


Di kedah sama dengan suasana di kelantan, yang mana teringin sangat Presiden FAM letak jawatan.
Ahli2 FAM juga hendaklah bebas dari Kegiatan politik. seperti di negara luar, ahli persatuan mereka terdiri daripada ahli perniagaan/korporat. Selagi Ahli2 FAM dari golongan politik, Bola sepak malaysia takkan maju. Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad juga mesti meletak jawatan . dia ni racist dengan kelantan. yang lawan kl plus tahun lepas rasanye pun dia bagi kl plus menang percuma sebab hujan lebat. ape punya bengapnya dia ni?


kalau lantik orang dikalangan yang tak minat sukan inilah jadinya. Baik ko main politik laa orang tua.Aku pun nak tengok ramai tak rakyat malaysia yang akan sokong/undi kau jadi wakil rakyat.
macam nak boikot pun ada. (rayuan sathianathan diterima) takut la tu fan kelantan nak berdemo depan pejabat FAM. jatuh maruah FAM.
jangan salahkan penyokong kelantan jika berlaku lagi rusuhan seperti tahun lepas. FAM punca Penyokong kelantan memberontak... FAM pengkhianat bola sepak negara. Sathianathan digantung secara tidak adil...


Sila baca artikel yang bertajuk Provokasi, Diskriminasi, Punca Keganasan.
readmore untuk baca artikel.



Dalam dua tahun kebelakangan ini, pasukan Kelantan dilihat telah mengubah landskap bola sepak tanah air dengan pelbagai pembaharuan telah di buat dari segi pegurusan, pemain sehinggalah kepada gelombang kebangkitan para penyokong fanatik pasukan kelantan. Setelah pasukan ini layak bermain di liga paling elit di Malaysia iaitu liga Super, pihak pengurusan telah membuat perubahan secara total dengan mengubah lambang pasukan dengan gaya yang lebih menarik, [membuat satu " branding " baru utuk pasukan dengan menggelarkan pasukan ini dengan nama The Red Warriors. pihak pengurusan bola sepak Kelantan (Kafa) juga telah membeli pemain-pemain ternama tanah air seperti Indra Putra Mahayuddin, Daud Su Jamaluddin, Nor Farhan Mohammad untuk memperkuatkan pasukan dalam mengharungi saingan liga domestik. pelaburan yang dibuat dilihat berbaloi dengan kejayaan pasukan The Red Warriors berjaya melangkah ke perlawanan akhir dalam siri pertandingan Piala Fa dan Piala Malaysia 2009. Kejayaan melangkah ke pentas final sudah lama dinantikan oleh pasukan kelantan kerana 40 tahun pasukan ini tidak melangkah ke pentas final, maka kejayaan ini harus di hargai oleh semua pihak terutamanya para penyokong fanatik wira merah ini.

Para penyokong The Red Warriors harus dipuji kerana sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan kelantan walau apa keputusan dicapai dalam setiap perlawanan. Kegilaan penyokong fanatik ini bukan lah baru bermula seiring dengan pasukan Kelantan " baru " ini, namun kelab penyokong ini telah lama wujud dan sentiasa berdiri teguh memberi sokongan padu kepada pasukan kesayanagn mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa penyokong fanatik Kelantan ini boleh disamakan seperti penyokong fanatik Manchester United. Cuba kita bayangkan setiap kali perlawanan yang berlangsung di stadium Sultan Muhammad ke IV, setiap inci tempat duduk mesti terisi dengan penonton yang dengan bangganya meletakkan lambang pasukan di dada-dada bidang masing-masing, pada hari perlawanan, perkarangan stadium akan dilimpahi oleh para tentera merah ini dengan menggayakan pelbagai fesyen ' bersahaja '. Suasana ini sangat menceriakan keadaan seterusnya sedikt sebanyak membantu memeriahkan industri bola sepak tanah air. Suasana ini jarang dilihat di vanue vanue lain selain Kelantan. perkara ini sudah cukup untuk kita semua berterima kasih kepada para Fanatikos ini yang dilihat menjadi pelopor kepada kebangkitan kelab penyokong di negeri-negeri lain.

Artikel ini dikarang bukan lah bertujuan untuk mengagug-agungkan penyokong Kelantan, namun ia sebagai satu ingatan di saat semua ' senjata ' sedang menghunus pasukan ini dengan pelbagai provokasi, tuduhan, meelabelkan penyokong kelantan sebagai ganas, tidak bertamadun dan pelbagai lagi peluru-peluru pedih yang terpaksa ditelan oleh para fanatikos ini. Memang benar terdapat segelintir peminat yang terlalu agresif menyokong sehingga terkeliru antara memberi sokongan padu dan memberi sokongan secara emosi sehinggan berlaku rusuhan membakar trak polis, pergaduhan melibatkan penyokong Selangor dan kelantan di stadium Shah Alam. Malah lebih perit untuk diterima, ada segelintir penonton yang bertindak liar dengan membakar kerusi stadium Bukit jalil semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara kelantan dan negeri sembilan dimana ada segelintir penyokong tidak dapat menerima kekalahan di tangan Negeri Sembilan sehingga bertindak liar dengan membakar kerusi stadium. perkara ini amat dikesali kerana ia dilihat antara point penting para tentera musuh menyerang tentera merah akibat ' terlalu gila ' menyokong sehingga tersalah tindakan. para penyokong seharusnya berfikir panjang untunk melakukan sesuatu tindakan yang dilihat seperti kebudak-budakan kerana mereka harus ingat setiap tindak tanduk penyokong akan diperhatikan oleh masyarakat, yang sering terkeliru dengan berita-berita salah yang sampai di cuping telingan mereka.

Penyokong kelantan tidak mempunyai kelebihan dari segala aspek, dari segi laporan berita atau apa sahaja, setiap perkara buruk yang berlaku melibatkan pasukan Kelantan, pasti dan pasti, penyokong Kelantan akan dipersalahkan, semua laporan dibuat oleh media-media ' mainstream ' di Malaysia dilihat hanya pandai menyalahkan penyokong kelantan seterusnya melebelkan penyokong kelantan ganas. Malah ' tukang denda ' juga dilihat seperti sewenang-wenangnya mengenakan denda terhadap KAFA akibat ' tuduhan ' peyokong Kelantan yang ganas. Buktinya, di stadium, Sultan Nasaruddin, Terengganu, seorang penyokong peteh masuk ke padang dan menyerang pengadil, pihak Persatuan bola sepak Terengganu hanya didenda dengan RM 6000,00. Di Stadium Utama, kangar Perlis, berpuluh biji kereta dan bas penyokong kelantan dirosakkan, cermin kereta dipecahkan oleh penyokong Perlis, namun tiada tindakan susulan dikenakan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Perlis. Di stadium Shah alam, dimana provokasi telah dibuat oleh penyokong Selangor, dan provokasi dari segi susunan penyokong telah membuatkan perlawanan antara kedua-dua penyokong lebih sengit berbanding perlawanan diatas padang. Namun Kelantan sebagai pasukan pelawat pada perlawanan tersebut telah dikenakan denda sebanyak RM50,000, dan banyak lagi kes-kes melibatkan pasukan lain tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib seperti berlaku balingan batu di stadium Paroi, Negeri Sembilan antara pasukan Negeri Sembilan dan Johor Fc.

Para pembaca diharap dapat menilai dengan adil, para penyokong tidak mahukan apa-apa dari mereka, mereka hanya ingin melihat pasukan kesayangan mereka berjaya dalam setiap pertandingan yang disertai. mereka hanya ingin bersorak riang mengiringi kejayaan pasukan walau terpaksa membayar dengan harga yang mahal, mereka tidak mahu mencari gaduh, mereka bukan budak-budak nakal yang sering dilabel oleh pelbagai pihak terutama media. Keganasan tidak akant timbul jika keadilan dapat ditegakkan kepada anak-anak. Sebagai bapa, seharusnya berlaku adil kepada anak-anak tidak kira anak tersebut berlainan fahaman idiologi. Janganlah cuba mengambil kesempatan terhadap kejayaan anak ini mengumpul wang yang banyak dan secara tiba-tiba bapa ingin mengambil sedikit wang daripada anak. Jika ingin menghukum, hukumlah dengan seadilnya mengikut undang-undang yang telah sedia ada, janganlah hukuman tersebut seperti getah, boleh ditarik panajang, boleh ditarik pendek mengikut kemahuan sendiri. Jika benar-benar bersalah, hukumlah, tapi jangan diekploitasi keadaan dimana yang tidak bersalah, dilabel sebagai bersalah, kerana semakin tidak adil anda menghukum para fanatikos ini, selagi itulah, kamu dilihat satu badan yang lemah mentadbir dan selagi itulah mereka akan membeci kamu oleh para penyokong fanatik kelantan.


dipetik dari facebook Kami Mengutuk Sekerasnya T'dakan FAM & Media T'hdp Fan Kelate's


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.