Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri b4ns sendiri. terima kasih.



Friday, January 1, 2010

Perkataan Allah dibenarkan ? Nasib Islam bila orang islam berpecah..

1. Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwah Kristian di negara ini menggunakan nama Allah sebagai terjemahan daripada God dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka sangat menyedihkan dan pada hemat saya mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

2. Apakah keputusan Mahkamah ini juga membatalkan keputusan Tun Dr Mahathir Mohada dan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang agama lain dari menggunakan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah?

3. Pada Mei 2008 saya telah menulis rasional mengapa nama Allah adalah eksklusif kepada orang Islam sahaja terutama di negara ini.

4. Sungguhpun masih ada ruang rayuan, namun keputusan ini menunjukkan satu isyarat kepada orang Melayu dan Islam bahawa segala status quo orang Melayu dan agama Islam di negara ini boleh berubah pada bila-bila masa bila ada orang Islam sendiri menjadi pengkhianat dan menyokong kumpulan yang mahu melemahkan kedudukan Islam di negara ini.

5. Telah lama dihujahkan bahawa orang Melayu boleh berbeza fahaman politik asalkan bersatu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Malangnya ini tidak berlaku hari ini.

6. Saya terbaca beberapa kenyataan badan bukan kerajaan dalam Utusan Malaysia hari ini yang kecewa dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly.

7. Anehnya sebahagian NGO ini merupakan kumpulan yang dilihat bersimpati dan sering membantu pemimpin dan parti politik Islam bukan UMNO. Mengapa baru sekarang mereka merasa kekecewaan tersebut sedangkan parti dan pemimpin yang mereka sokong sendiri mendiamkan diri.

8. Malah ada seorang pemimpin dari sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam dilaporkan berkata dalam sebuah Gereja di Shah Alam bahawa beliau menyokong tuntutan orang Kristian menggantikan perkataan God kepada Allah dalam risalah berbahasa Melayu mereka. Apa Ngo-ngo yang ada nama Islam ini buat ketika itu? Bayangkan jika sokongan tersebut datang dari pemimpin UMNO.

9. Hakikatnya ini adalah pengajaran kepada semua orang Islam di negara ini bahawa kita selalu sangat terpedaya dengan laungan keadilan, demokrasi, meritokrasi sehingga tidak sedar bahawa laungan-laungan tersebut digunakan untuk membantu kumpulan tertentu mendapat kuasa tetapi melemahkan kedudukan kita sendiri.

10. Kejatuhan banyak kerajaan Islam dulu bermula seperti hari ini iaitu orang-orang Islam bergaduh disebabkan adu domba dan fitnah yang disebar dan ditanamkan oleh kaum munafiq seperti dalam perang Siffin.

11. Bagi saya tindakan menterjemahkan perkataan God kepada Allah, bukannya Tuhan seperti sepatutnya, merupakan satu usaha memecah belah umat Islam dan tanda-tanda awal mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini.

12. Jangan kita dikelirukan antara perkataan illah dengan Allah. la illah ha illahllah, yakni tiada tuhan melainkan Allah. Jika mereka mahu menggunakan perkataan arab bagi tuhan maka gunakanlah kata Illah. Allah merupakan tuhan yang maha esa. Manakala dalam bahasa Melayu kata nama Allah merupakan nama khas bukannya nama umum kepada tuhan.

13. Kepada umat Islam di negara ini yang telah berfikiran liberal kerana kuasa yang mereka nikmati hari ini, ingatlah firman Allah,

"Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."
[Al Kaafiruun]
dipetik dari Dr Mohamad Khir Toyo at Friday, January 01, 2010





Apa Reaksi Anda? Ada pihak yang bersetuju dengan keputusan ini demi kepentingan politik pun ada?
Apa nak jadi dengan mereka sekarang. Dulu heboh nak tegakkan undang2 islam. kalau macam ni laa gayanye. mmg x layak bg kuasa kat diorang.
 



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.