Info from myblacklens.

Best view by using Mozilla Firefox ~ Semua Posting yang diterbitkan di blog ini adalah mengikut pandangan peribadi pemilik blog! semua kritik2 dan nasihat untuk kepentingan dan rujukan kita bersama..posting berkaitan agama adalah sebagai rujukan dan nasihat kepada diri b4ns sendiri. terima kasih.



Thursday, August 27, 2009

Berbuka di rumah!

View Comments
Akhirnye besok dapat gak aku berbuka di rumah.. nyum!! nyum!! bawak balik assignment yang bertimbun buat kat umah.. nak buat model satu, lagi satu buat presentation board.. haha. 2 hari buat model. 2 hari buat presentation board., insyallah siap. 3 paper dah exam.. lagi ada skit paper. x tau bape paper.. just tunggu dan lihat je laa.. tido dah terbalik dah.. x menentu.. lama2 jadi gilak!! pening pale tiap2 hari.

ok berbalik pada posa. memandangkan slalu busy ngan assignment, ni je laa peluang untuk balik berbuka ngan keluarga.. dah lama x berpuasa ngan family.. tahun lepas aku x dapat nak berpuasa ngan family, busy ngan keje then xdak cuti.. so tahun ni dapat laaa aku berpuasa ngan org yang tersayang.
huhu!!

so memandangkan waktu berbuka dah makin dekat, aku undurkan diri jap bersiap untuk berbuka posa.. assalamualaikum..







by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Saturday, August 22, 2009

hari pertama puasa

View Comments
Assalamualaikum.. aku rasa puasa pada hari pertama ni ok lagi. hope trus menerus smpai hari akhir puasa.. hehe. so ptg ni, jom kita pakat ramai2 pegi bazar ramadhan. jom serbu bazar ramadhan!!
Last year aku berpuasa dengan orang yang tersayang. Aku habis keje baby aku mesti dtg jemput aku ke bazar ramadhan di sek13 Shah alam. banyak gak makanan yang dijual kat situ, tapi aku ni jenis x makan banyak bila berbuka. So aku just ikut baby aku bli ape yang dia nak, makanan untuk aku berbuka pun aku serah pada dia, aku makan je ape yang dia beli, sebab aku tau ,baby aku ni high taste so dia akan bli yang terbaik untuk aku..alhamdullilah, aku puasa full 29 hari bersama babyku tersayang. tapi aku tinggal puasa sehari, sebabnye aku tgh mandi kul 7.00 pagi, then tetiba aku muntah. time tu aku x sihat, batuk memanjang, demam skit2. so baby aku nasihatkan aku supaya makan ubat, so x puasa laa haritu.. hehe!! tahun lepas aku x dapat balik 1st day raya. tapi babyku dah balik time tu. dia kata nak teman raya ngan aku, tapi aku kesian kat dia. so aku suh dia balik umah dia.. keje laa aku pada hari raya tu. flight aku dalam kul 8.30mlm hari raya pertama, aku balik awal keje , kul 4, sebab nak grak gi KLIA ambik masa 2jam gak laa. aku dah packing awal2 lagi, bwk beg ke tempat keje.. cari2 cab, xdak. lama menunggu dalam sejam baru ada satu cab lalu. nek laa cab tu gi KLIA. dia charge aku banyak gak laaa.. rm80. biasa laa hari raya dia ckp. susah nak dpat cab harini... ntah pape je!! terpaksa laa aku nek walaupun mahal . aku takut nati lewat, ngan tiket2 flight aku burn..sampai je kat KLIA kul 7.00mlm, aku pun trus check in. lega rasanye bila da check in, just tunggu flight je laa.. kul 8.45 mlm aku nek flight balik ke kota Bharu. sampai di kota bharu dlam kul 9.50 mlm. umi&ayah aku sedang menanti anak nakal dia yang dia sayangi.. gembira aku dapat bertemu ibubapa aku walaupun x dpat pegi sembahyang raya sama2. tahun ni insyallah, dapat aku beraya ngan umi&ayah aku.. :)



bestnye air ni!! haha, nampak menarik!
*gambar kat bazar ramadhan shah alam sek13 (stadium) tahun lepas.


So berbalik pada puasa tahun ni..bila tgk gambar makanan dan minuman rasa cam sedap je. nati dah berbuka, baru ler kita tau sedap ke x.. haha! kadang2 air tawar laaa.. x rasa pape laa.. bli makanan lak banyak2. hehe! tapi x semua mcm tu, biasanye diorang ni dah pro2, tgk gambar tu, menarik bila tgk. diorang ni pandai tarik pelanggan datang ke gerai diorang.. so aku pun da x tau nak tulis ape, papehal tanya je aku .. stakat ni bagi aku dua je bazar ramadhan paling best kat kelantan. satu kat stadium sultan muhammad ke IV then satu lagi kat bazar ramadhan wakaf Bharu. yang paling tak best bazar ramadhan kat stadium pasir mas.. nyampah gi situ. air tebu pun xdak.. zzz

papehal aku ucapkan selamat berpuasa, jauhi diri dari nafsu sendiri.. kepada semua kekawan yang mengenali diri aku, & tak lupa juga kpd semua umat islam yang berpuasa.


by
t


JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Friday, August 21, 2009

Fadhilat Solat Terawikh!!

View Comments
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."






by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Monday, August 17, 2009

qazaf & Jabatan Agama Islam Di Malaysia

View Comments
ATentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.

Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.



dipetik dari e-mail yg diterima oleh RBF

komen b4ns mengenai Jabatan Agama Islam:

Jabatan agama Islam sekarang tidak adil dan kolot!! tidak mengunakan teknologi yang ada sebaik mungkin. kalau nak saving baik xyah tubuh Jabatan Agama Islam. Ketua Jabatan Agama bawak kereta mewah2 je saya nampak!! Tapi mcm miskin. Stakat korang tubuh Jabatan Agama islam untuk kumpul duit dari denda yang korang dapat, baik xyah. lagi berdosa diri korang. Bukan untuk mencegah dan mendidik generasi islam sekarang, lagi menambah beban ada laaa.
Kakitangan yang menangkap tertuduh plak, kutuk orang yang ditangkap tu. bukan nak bagi keinsafan atau ilmu2 agama. tahukah kamu mengapa ramai orang islam mau keluar dari agama islam? Ini kerana cara korang bukan ke arah mendidik, tapi lebih kepada menyusahkan lagi mereka,mengutuk mereka,mencaci dan sebagainye yang telah membuat mereka berfikir mcm ni ke agama islam!! kutuk sana, kutuk sini... Untung laa orang kaya dapat membayar denda walaupun tidak insaf lepas kena tangkap. bagaimana pula dengan orang yang insaf tetapi tidak mempunyai wang ringgit, datang dari orang yang susah. Denda yang diterima lagi menyusahkan hidup mereka, dan angap islam ni lagi menyusahkan mereka. Ape salahkan korang tukar daripada denda kepada kelas mengikuti ajaran islam dan memberi mereka pengetahuan tentang islam. tidakkah anda sedar dgn cara denda yang tinggi akan memberi lagi masalah kepada mereka, seperti meminjam dari ah-long, mencuri untuk mencari wang denda. ini lebih merosakkan umat islam kita sendiri. saya syorkan denda ditukar kepada kelas agama, dimana ia lebih mendidik umat islam kita menjadi insan yang sempurna. dan kepada yang mampu nikahkan aje mereka, untuk mengelak mereka melakukan perkara haram ini. Kelas agama selama seminggu atau dua minggu lagi berkesan daripada denda yang korang kenakan.. *kalau korang xmo tukar, maybe korang nak makan duit tu kot.. denda yang korang terima bukan sikit.. rm 3000.00 satu kepala.. Kalau korang x mampu untuk anjurkan. charge pada tertuduh rm 100 untuk membayar yuran kelas agama tersebut.. rm100 xpun paling byk rm 200 untuk korang guna duit tu membiayai kelas agama tersebut.. stakat itu saje komen saya. kalau ada salah silap cuba betulkan balik. sile komen pendapat anda disini.. saya bukan orang alim atau ulamak, atau orang besar2 untuk mengesyorkan cara ini di peringkat negeri atau negara. Kalau boleh dibawa elok gak untuk kebaikan umat islam kita.







by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

Sunday, August 9, 2009

Selamat Berpuasa kepada umat islam

View Comments



Assalamualaikum.. aku disini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di negara kita dan seluruh dunia, kepada kawan2 moga puasa tahun ni penuh bermakna. tahan diri dari memakan mcD di drive thru xpun kedai mamak atau cina yg jual makanan pada bln puasa!! haha!! INsyallah marilah kita beramai-ramai memeriahkan masjid. Aku bukannye orang alim, tetapi sama2 laa kita menasihati sesama kita untuk kebaikan. nak kata syaitan ada, diorang da blah. umm maybe anak buah setan yg banyak kot kt dunia ni, sebabtu ada lagi yang x berpuasa. anak buah setan tu sape erkk? fikir fikir laa sendiri. :)
Di bawah adalah doa untuk menyambut bulan ramadhan!! moga kita tergolong dalam orang2 yang beriman dan terhindar dari godaan hawa nafsu di bulan ramadhan nati!! amin!!


Doa menyambut Ramadhan

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

(Allahumma baarik lana fii rajaba wa sya'baana wa ballighna ramadhana)

"Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan rajab dan syaaban. Dan izinkanlah kami menemui bulan ramadhan"




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H











by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)

PAS & BN orang tua yang x tau pape?

View Comments
melihat pada isu arak di selangor . aku keluarkan luahan perasaan terhadap ape yg terjadi.! disini aku ingin menasihati diri anda dan juga diri aku sendiri

Berdasarkan pengamatan aku terhadap politik negara kita ni, malaysia tercinta.. perbezaan kaum selalu menjadi isu, walhal umat yg beragama islam atau agama laen tidak mengira kaum di dunia ni. tapi kenapa kita mesti mengatakan bahawa kita berjuang untuk melayu, alangkah indahnye ayat itu jika ditukar, kita berjuang untuk umat islam, umat islam yg bukan melayu akan gembira mendengarnye dan tidak lagi tersentuh hati.. melayu juga ada yg murtad, melayu juga ada yg minum arak, melayu juga ada yg berzina, melayu juga ada percaya kepada agama lain. kenapa aku mengatakan sebegitu rupa? sebab aku tempuhi segala pengalaman yg korang mungkin tidak pernah lalui.aku pernah masuk pub atau kelab2 malam. Pemimpin PAS atau BN pernah try masuk ke dalam pub atau kelab malam? cuba anda masuk dan lihat sendiri berapa ramai anak melayu kita yang beragama islam minum arak yang dijual oleh agama laen. saya xkan sebut kaum, kerana dalam sesebuah kaum itu berbagai agama. kita merujuk pada agama adalah lebih sesuai. di mana kita tolak perkataan kaum ketepi, agama kita ketengahkan. aku juga adalah salah seorang melayu yang beragama islam yang tersasar jauh dari landasan islam yang sebenar. tetapi allah s.w.t lebih mengetahui ape yang dia rancang terhadap aku, dimana sekarang aku sudah pun kembali ke jalan allah. insyallah moga2 ia berkekalan hingga ke akhir hayat aku. BN pula mestilah mengambil peluang dari kuasa yang ada untuk membanteras kes penjualan arak di kelab2 malam terhadap umat islam, bkn kaum melayu, tapi umat islam.. isu pembangunan tidak akan berjaya jika anak2 kita menghadapi pelbagai masalah sosial..islam tidak mengharamkan pembangunan. tapi utamakan agama kita. kita ni umat akhir zaman laa beb!! cpat2 laaa ubah negara kita ni.satu lagi perbanyakan motivasi atau ceramah-ceramah agama daripada konsert live!!ceramah agama pula jangan libatkan isu politik langsung. jangan ada isu politik..aku jadi kurang minat bila ada isu politik dalam sesuatu ceramah!! itu yg buat aku rasa hilang semangat untuk dgr ceramah!! Bagi buat konsert dua kali setahun sudah laaa..remaja kita duk melompat-lompat mlm2 buta, sentuh sana sini, ummm abis konsert ,diorang pun buat ler konsert sendiri plak kan !!? lebih baik kalau diorang semangat untuk ke surau ke masjid ke melaung-laungkan kebesaran allah!! baik x kalau korang buat begitu? remaja mcm aku ni mudah terpengaruh.. ada sesetengah je yang tidak terpegaruh.

disini aku ingin perkatakan bahawa, sebelum kamu ingin menangkap orang yang berzina, sumbang mahram, khalwat ,rasuah, murtad ,judi, rempit, bohsia, bohjan.. lebih baik korang bendung atau tangkap dahulu sesiapa yang menjual arak kepada umat islam.. atau orang islam yang membeli arak.. Haramkan kelab2 malam atau pub kepada umat islam. bukan kaum melayu. harus diingatkan bukan kaum melayu ,cina, atau india. tapi umat yg beragama islam. kerana kaum melayu ,india, china ada yang beragama islam..Ini kerana arak dan kelab malam atau pub laaa penyebab utama berlakunya masalah social lain, mengikut pengalaman aku laaa.. hormatilah kaum lain yang beragama islam!!!!

Doakan kejayaan aku dan umat islam di dunia ini untuk menjauhi segala larangan allah s.w.t .

amin!!



by



JoomlArt.com - Joomla Professional Templates
letak iklan anda disini
letak iklan anda disini
Register Domain Serendah RM35.00 Di klserver.biz


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sila tekan Butang Like selepas membaca. :)
Related Posts with Thumbnails
Penafian: admin The Black Lens adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman blog ini.